Saturday, October 9, 2010

Referral Neobux




Referral adalah orang yang ditaja oleh anda dalam menyertai sesuatu program dan kita sebagai penaja akan mendapat imbuhan dari pengelola program tersebut mengikut cara bayaran yang tertentu. Ia sama konsep seperti seorang agen insuran yang dapat membawa seorang pelanggan baru menyertai program insuran. Beliau iaitu agen insuran akan mendapat komisen setiap kali pelanggan baru masuk melalui saranan beliau. Neobux juga tidak terkecuali menggunakan konsep seperti ini dalam meningkatkan keberkesanan pemasaran perniagaan mereka. Melalui konsep ini, pengguna mendapat lebih penjanaan wang dan pemilik PTC juga dapat memperolehi ramai pengunjung ke laman mereka dan seterusnya menarik lebih ramai advertiser menggunakan khidmat PTC tersebut kesan dari kebanjiran pengunjung laman web PTC tersebut. 


Berapa Upah Komisen Dari Referral Yang DiPerolehi Penaja ?

Neobux menawarkan komisen melalui referral dengan memberi USD0.005 (Iklan Standard) dan USD0.010 (Iklan Tambahan/Bonus) bagi setiap klik yang dibuat oleh referral tersebut. Tawaran ini diberi kepada penaja yang mempunyai keahlian Standard Membership (keahlian percuma). Manakala untuk Golden Membership (keahlian berbayar) pula, Neobux memberi USD0.010 (Iklan Standard) dan USD0.020 (Iklan Tambahan/Bonus) iaitu sama nilai dengan apa yang diperolehi klik yang dibuat oleh penaja itu sendiri.

Apakah Cara Yang Dibenarkan Untuk Mendapat Referral ? 

Untuk berhak mendapatkan komisen dari referal, Neobux membenarkan ahli - ahlinya mendapatkan referral menerusi 2 cara iaitu :

A)Direct Referring

Ahli - ahli Neobux boleh mendapatkan referral secara terus melalui alat promosi yang telah disetkan secara automatik sebaik sahaja kita berdaftar sebagai ahli. Alat - alat promosi yang dimaksudkan ialah url direct link kita sebagai penaja, banner iklan bergambar dan link forum. Kita hanya perlu copy pastekan sahaja link - link tersebut dimana sahaja ruang internet yang berpotensi. Selain dari itu, kita juga boleh memberitahu secara terus orang yang bakal menjadi tajaan kita dengan mengisi username kita pada ruang referer pada borang pendaftaran Neobux.

Ruang Link Promosi Neobux Untuk Anda 

 Mendapatkan Referral Melalui Borang Pendaftaran


B)Renting Referring

Kita juga boleh mendapatkan referal dengan membayar pemilik Neobux untuk tempoh 30 hari. Jumlah referal yang ditawarkan bergantung kepada sebanyak mana ahli yang tidak berdaftar melalui penaja dan bersedia untuk dijadikan referral kita. Buat masa ini, Hantu PTC tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai rental referral ini memandangkan hantu PTC kita terpaksa melaburkan sedikit modal untuk mendapatkannya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...