Thursday, October 28, 2010

Theclixus.com


SEBELUM


SELEPAS 


  
Sehingga posting ini dibuat, laman web theclixus.com sudah lenyap dari internet melebihi 9 hari. Dengan mengambil kira pelbagai faktor dan informasi yang terdapat di internet, Hantu PTC mengistiharkan bahawa laman web ini SCAM. Berikut adalah maklumat – maklumat yang perlu diketahui serba sedikit supaya anda berhati – hati sebelum menyertai sebarang program PTC yang baru muncul.

Latar Belakang Halaman Web

1)  Alamat IP : 174.122.79.4

2) Syarikat Hosting : THEPLANET.COM INTERNET SERVICES  yang bertempat di  Houston USA

3)  Di daftarkan atas nama :  Name.com LLC

4) Maklumat Pendaftar : James Horror yang beralamat di Bali, Indonesia. 



Sebab - sebab lain


1) Dipercayai mempunyai kaitan dengan alarmbux.net, buxrise.com, buxexcel.com yang rata – rata semuanya di label SCAM oleh penggemar – pengemar PTC

2) Dipercayai mempunyai banyak nama samaran seperti Jugalkishor Prajapati, Lalan Gupta dan dolly biswas.

3) Script program yang di gunakan dipercayai tidak sah dan dicuri dari PTCPay (Pembangun Web PTC).


COP RASMI SCAM HANTU PTC
                                                          

myBux.com, Incentria dan AtlasCash.Net

Hari ini, Hantu PTC menambah 3 lagi koleksi penyertaan PTC. Ketiga - tiga program PTC yang dimaksudkan itu ialah myBux.com, Incentria dan AtlasCash.Net.

Halaman Utama myBux.co

Halaman Utama AtlasCash.Net
Halaman Utama Incentria
Buat masa ini, Hantu PTC tidak mahu bercerita secara lanjut lagi mengenai ketiga - tiga laman web PTC ini. Walaupun begitu, ketiga - tiga  PTC belum menerima response yang terlalu negatif dari pengguna terutamanya Incentria yang sudah popular dan dikenali oleh penggemat - penggemar PTC.

Wednesday, October 27, 2010

LOGIPTC

Get Paid for Browsing the Internet with LogiPTC



Tarikh Penyertaan
4 Mei 2010


Taraf Keahlian
Ahli Biasa (Tiada pilihan naiktaraf ahli)


Jumlah Referral
Tiada

Kelebihan Yang Diperolehi Sekarang
Boleh mendapatkan referral tanpa had

Perancangan Akan Datang
Tiada

Jumlah Tuntutan Bayaran
1 Kali


Bukti Pembayaran Ke Akaun Paypal


Pembayaran 1

Masalah Kewangan IEN Inc, PTC Theclixus.com dan Bayaran Komisen dari Cashium

MASALAH CASHOUT INDOCLIX DAN VIPCLIX

Hari ini, Hantu PTC ingin bercerita mengenai 3 peristiwa penting yang dialami oleh Hantu PTC sepanjang bulan Oktober ini. Pada 8 Oktober lalu, Hantu PTC telah menuntut bayaran komisen dari IndoClick dan VIPClix pada 17 Oktober 2010. Sebenarnya ini kali pertama Hantu PTC membuat cashout dari kedua - dua web PTC ini. Kedua - dua web PTC ini dikendalikan oleh syarikat IndoEvolution Network Inc. Berikut adalah semua senarai web PTC yang dikendalikan oleh syarikat ini.

1)IndoClix
2)SimplyClix
3)VipClix
4)GPTVille
5)ICPTC
6)AyoCLix
7)IENBUX
8)i4PTC
9)SmileyClicks
10)IEN Fund
11)Indo Matrix

P/S : No. 10 dan 11 itu bukan kategori PTC program. 

Menurut TOS (Term Of Services) IndoClix, bayaran komisen akan diperolehi pengguna dalam masa 24 jam dari masa permohonan di buat dan 48 jam (2 hari) dari tempoh permohonan jika terdapat masalah pada payment processor services. Ini bermakna dalam kes Hantu PTC, pembayaran telah lewat 20 hari dari permohonan cashout dibuat. Setelah itu, Hantu PTC berhubung dengan support services IEN menerusi email berkenaan masalah ini dan membuat aduan pada forum yang disediakan pihak IEN. Rupa - rupanya ramai pengguna mengalami masalah yang sama termasuk juga ahli yang terlibat dengan web PTC yang lain di bawah kendalian IEN. Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan ialah masalah bug error menyebabkan pembayaran terpaksa ditangguhkan sehingga masalah tersebut dapat diatasi. Begitu juga dengan VipClix yang HantuPTC sertai mengalami masalah kelewatan pembayaran cashout iaitu 12 hari dari yang sepatutnya 7 hari dari permohonan cashout dibuat mengikut TOS VipClix. Berikut adalah kenyataan terkini mengenai masalah pembayaran cashout dari syarikat IEN ini.


Menurut kenyataan ini bermakna tempoh pembayaran komisen telah bertukar menjadi 30 hari setelah permohonan cashout dibuat untuk sementara waktu. Jadi, buat masa ini Hantu PTC tidak mahu membuat sebarang andaian lagi mengenai isu ini sehingga tempoh menunggu tamat. Kepada sesiapa yang baru hendak menyertai PTC di bawah kendalian IEN Inc ini, perlu menangguh dulu niat anda dan beralih kepada PTC lain yang lebih diyakini :)


PTC THECLIXUS.COM DIRAGUI SCAM 

Masih ingat pada PTC ini yang pernah Hantu PTC ceritakan pada posting yang lalu ? Sehingga ke hari ini, lebih seminggu laman web ini hilang di internet. Sebenarnya banyak forum, blog - blog, laman web yang memberikan komen negatif mengenai PTC ini. Hantu PTC tetap menyertainya untuk merasa sendiri pengalaman menyertai PTC yang scam. (Hehehe. Pelik kan).Sebelum Hantu PTC meletakkan PTC ini di bawah label PTC SCAM. Hantu PTC ingin mengumpul maklumat lengkap terlebih dahulu agar pemiliknya tidak dapat lagi menipu orang ramai. Hantu PTC berharap agar usaha ini dapat meminimakan lagi risiko dari menyertai PTC yang scam pada masa akan datang. 

PTC Yang Di Syaki SCAM


 BAYARAN PERTAMA DARI CASHIUM

Semalam, Hantu PTC menerima bayaran yang pertama dari PTC Cashium sebanyak USD2.05 dalam tempoh 10 hari dari pemohonan cashout dibuat menepati TOS yang dijanjikan. Berikut adalah bukti pembayaran yang telah dibuat oleh Cashium melalui akaun Paypal Hantu PTC.


Monday, October 25, 2010

Jenis Janaan Wang LogiPTC

Get Paid for Browsing the Internet with LogiPTC

Apabila kita menjadi ahli LogiPTC, secara tak langsung kita boleh menaja seberapa banyak referral tanpa had tanpa syarat menaiktaraf tahap ahli, jumlah klik minima, jumlah minima hari kita aktif dan sebagainya. Sebagai ahli, kita boleh menjana pendapatan dari LogiPTC melalui 2 cara iaitu :

1)Tugasan Rutin
Sebenarnya tidak ada jumlah tetap paparan iklan yang perlu diklik oleh pengguna LogiPTC ini. Semakin kerap kita meluangkan masa untuk surf iklan pada menu Browse Sites maka semakin tinggilah peluang untuk kita memperolehi lebih janaan wang dari program ini. Terdapat 2 kategori iklan yang boleh diklik oleh kita di LogiPTC ini yang mempunyai nilai kredit yang berbeza. Iklan - iklan itu terdiri daripada :

1) Targeted Ad 
Untuk iklan jenis ini, biasanya kita perlu diberi tugasan untuk klik pada link iklan pada laman web Advertiser (Pengiklan). Selepas itu, barulah jumlah nilai wang akan dikreditkan dan terkumpul dalam akaun LogiPTC kita. Biasanya iklan jenis ini bernilai USD0.01 - USD0.02 perklik. 

2) Standard Ad
Anda hanya perlu melayari laman web pengiklan dan perlu menunggu sekurang - kurangnya 10 saat dalam proses full loading page dan setelah itu kita perlu layari isi kandungan web tersebut sebelum menyelesaikan tugasan. Biasanya iklan ini bernilai USD0.005 perklik.

2)Janaan Wang dari Referral
LogiPTC membenarkan penggunanya memiliki referral seberapa banyak yang mungkin tiada had. Sistem referral yang dipraktikkan oleh LogiPTC ini adalah 1 peringkat sahaja. Pengguna akan memperolehi komisen 10% dari pendapatan yang diperolehi janaan wang referral (orang yang ditaja). Ini bermakna kita boleh mendapat USD0.001 hingga USD0.002 dari Targeted Ad  dan USD0.0005 dari Standard Ad yang diklik oleh referral kita.


P/S : Untuk memaksimakan pendapatan dari LogiPTC ini, kita diberi pilihan untuk memasukkan Toolbar browser (pelayar internet) yang berfungsi sebagai Alert Alarm bahawa ada iklan berbayar sedia untuk diklik oleh anda tanpa perlu refresh laman web LogiPTC berulang - ulang kali. Lihat Rajah dibawah :


Kedudukan LogiPTC Toolbar Pada Browser Mozilla Firefox Ver 3.6.11

Get Paid for Browsing the Internet with LogiPTC

Wednesday, October 20, 2010

Khairulclicks.com dan XincBux.com

Semalam Hantu PTC telah menambah koleksi penyertaan Ptc dengan menjadi free membership Khairulclick dan XincBux. Domain Ptc Khairulclicks telah didaftarkan pada 25 September 2010 dan didaftarkan atas nama Zul Khairul dari Malaysia. Pemilik Ptc ini juga dipercayai memiliki site Vonbux.com dan dikaitkan dengan Birdybux.com.yang dikatakan mempunyai response yang negatif. Apa - apapun, Hantu PTC tetap ingin mencuba bagi memastikan ia selamat dari penipuan. Ptc ini menggunakan platform yang dibangunkan oleh Ptc Evolution Ver 1.1.0.

Halaman Utama Khairulclicks.com

XincBux atau Extra Income Bux merupakan Ptc yang menggunakan platform jenis Buxsite yang dibangunkan oleh PTCPAY yang menggunakan script GEN4. Setakat ini, web Ptc ini belum menerima sebarang respon yang negatif dan membayar ahli - ahlinya pada masa yang dijanjikan. Xincbux didaftarkan pada 9 Januari 2010 yang menggunakan khidmat hosting yang bertempat di United Kingdom. Hantu PTC telah mengalami sedikit masalah ketika proses pendaftaran namun setelah mendapat respon yang baik dari pihak pengurusan Xincbux masalah itu berjaya diatasi. 

Halaman Utama Xincbux.com

Sunday, October 17, 2010

Pengenalan Program LogiPTC

Halaman Utama LogiPTC
LogiPTC ialah program PTC yang agak berbeza berbanding khidmat PTC yang lain di internet. Menurut whois.domaintools.com website ini dimiliki oleh David Anderson dan Albert Chen yang bertempat di US. Perbezaan yang amat ketara PTC ini berbanding dengan PTC - PTC yang lain ialah PTC ini tidak mengenakan sebarang yuran keahlian dan ahli - ahlinya boleh memiliki referral yang tidak ada had. Satu lagi keistimewaan PTC ini ialah kadar janaan wang harian yang amat tinggi sehingga boleh mencapai USD0.10 dalam sehari. Hantu PTC percaya sumber kewangan  pemilik PTC ini datang dari iklan - iklan Text Link Ads dari Adhitz dan sumber utama dari LogiTraffic yang menawarkan khidmat penjanaan traffic kepada pelanggan - pelanggannya. LogiTraffic ini amat popular di kalangan pengguna Malaysia yang memperolehi pendapatan dari Google Adsense.

Setakat ini, LogiPTC menjalankan kerja - kerja pembayaran komisen melalui Paypal sahaja. Selain dari itu, kadar payout PTC agak tinggi iaitu USD5 dan ke atas perlu ada dalam akaun sebelum kita dapat memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Paypal. Namun begitu, Hantu PTC berasa amat berbaloi kerana rate earning PTC agak laju dan kita tak perlu menunggu terlalu lama untuk memenuhi syarat pengeluaran minima komisen dari PTC ini.


FAKTA RINGKAS MENGENAI PTC


SUMBER PENDAPATAN
1) Servis Penjanaan Traffic Web atau Blog (Advertiser)
2) Iklan - iklan text link Ads dari Adhitz

JENIS KEAHLIAN
Tiada

BILANGAN IKLAN YANG PERLU DIKLIK SETIAP HARI UNTUK PERMULAAN
Pelbagai sehingga boleh mencecah 10 iklan sehari. LogiPTC juga menyediakan ToolBar mereka sendiri untuk memudahkan pengguna mendapatkan jumlah klik yang optimum untuk iklan - iklan yang dipaparkan.

ANGGARAN PERUNTUKAN MASA SETIAP HARI
Bergantung kepada kerajinan pengguna.

METHOD PEMBAYARAN KOMISEN
Paypal sahaja.

SYARAT PENGELUARAN MINIMUM KOMISEN
USD5 dan ke atas.

JENIS PLATFORM
Tidak dapat dikenalpasti.




Get Paid for Browsing the Internet with LogiPTC

Thursday, October 14, 2010

Bayaran Komisen dari LogiPTC dan Masalah IndoClix



Hari ini, Hantu PTC telah menerima bayaran komisen yang pertama dari LogiPTC dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan payout. Berdasarkan pengalaman Hantu PTC setakat ini, LogiPTC ialah satu -satunya PTC yang Hantu PTC sertai mempunyai kadar janaan wang paling tinggi tanpa bantuan referral. Hantu PTC pernah memperolehi USD0.10 dalam satu hari. Menarik bukan ?
Get Paid for Browsing the Internet with LogiPTC

Hari Jumaat lalu, Hantu PTC telah membuat tuntutan komisen dari web IndoClix tetapi hingga ke hari ini wang tersebut masih belum dapat ditransaksikan ke dalam akaun PayPal Hantu PTC. Hantu PTC telah menghantar satu email mengenai masalah tersebut kepada pihak support IndoClix. Berdasarkan alasan mereka, mereka mengaku ada kesilapan teknikal dan pihak mereka berjanji akan membayar komisen seperti yang dijanjikan. Hantu PTC juga ada melawat forum yang dikelolakan oleh PTC terbabit dan mendapati ramai juga pengguna menghadapi masalah yang sama terutamanya yang memohon tuntutan melalui PayPal. Jadi, Hantu PTC mengambil langkah tunggu dan lihat tindakan pihak IndoClix yang selanjutnya sebelum membuat sebarang kesimpulan. 

Saturday, October 9, 2010

Referral Neobux




Referral adalah orang yang ditaja oleh anda dalam menyertai sesuatu program dan kita sebagai penaja akan mendapat imbuhan dari pengelola program tersebut mengikut cara bayaran yang tertentu. Ia sama konsep seperti seorang agen insuran yang dapat membawa seorang pelanggan baru menyertai program insuran. Beliau iaitu agen insuran akan mendapat komisen setiap kali pelanggan baru masuk melalui saranan beliau. Neobux juga tidak terkecuali menggunakan konsep seperti ini dalam meningkatkan keberkesanan pemasaran perniagaan mereka. Melalui konsep ini, pengguna mendapat lebih penjanaan wang dan pemilik PTC juga dapat memperolehi ramai pengunjung ke laman mereka dan seterusnya menarik lebih ramai advertiser menggunakan khidmat PTC tersebut kesan dari kebanjiran pengunjung laman web PTC tersebut. 


Berapa Upah Komisen Dari Referral Yang DiPerolehi Penaja ?

Neobux menawarkan komisen melalui referral dengan memberi USD0.005 (Iklan Standard) dan USD0.010 (Iklan Tambahan/Bonus) bagi setiap klik yang dibuat oleh referral tersebut. Tawaran ini diberi kepada penaja yang mempunyai keahlian Standard Membership (keahlian percuma). Manakala untuk Golden Membership (keahlian berbayar) pula, Neobux memberi USD0.010 (Iklan Standard) dan USD0.020 (Iklan Tambahan/Bonus) iaitu sama nilai dengan apa yang diperolehi klik yang dibuat oleh penaja itu sendiri.

Apakah Cara Yang Dibenarkan Untuk Mendapat Referral ? 

Untuk berhak mendapatkan komisen dari referal, Neobux membenarkan ahli - ahlinya mendapatkan referral menerusi 2 cara iaitu :

A)Direct Referring

Ahli - ahli Neobux boleh mendapatkan referral secara terus melalui alat promosi yang telah disetkan secara automatik sebaik sahaja kita berdaftar sebagai ahli. Alat - alat promosi yang dimaksudkan ialah url direct link kita sebagai penaja, banner iklan bergambar dan link forum. Kita hanya perlu copy pastekan sahaja link - link tersebut dimana sahaja ruang internet yang berpotensi. Selain dari itu, kita juga boleh memberitahu secara terus orang yang bakal menjadi tajaan kita dengan mengisi username kita pada ruang referer pada borang pendaftaran Neobux.

Ruang Link Promosi Neobux Untuk Anda 

 Mendapatkan Referral Melalui Borang Pendaftaran


B)Renting Referring

Kita juga boleh mendapatkan referal dengan membayar pemilik Neobux untuk tempoh 30 hari. Jumlah referal yang ditawarkan bergantung kepada sebanyak mana ahli yang tidak berdaftar melalui penaja dan bersedia untuk dijadikan referral kita. Buat masa ini, Hantu PTC tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai rental referral ini memandangkan hantu PTC kita terpaksa melaburkan sedikit modal untuk mendapatkannya.



Penambahan 3 Keahlian Laman Buxsite Lagi

Semalam, Hantu PTC telah menambah lagi bilangan penyertaan ke dalam 3 buah laman web PTC yang menggunakan iaitu Waxbux, Kutaibux dan theclixus. Ketiga - tiga PTC ini masih baru dan belum ada lagi pembayaran komisen yang dibuat untuk ahli - ahlinya. Oleh itu, Hantu PTC tak mahu menjelaskannya lebih terperinci ketiga - tiga PTC ini sebelum Hantu PTC mencubanya terlebih dahulu. 




Wednesday, October 6, 2010

Bux Site atau GPT Aurora Site , Mana Lebih Bagus ?

Di internet, laman - laman web PTC tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan kerana setiap masa boleh dikatakan ada saja PTC - PTC yang baru wujud ditalian dan dipromosikan di merata -merata ruang dunia internet. Di sebalik kebanjiran web - web PTC ini, Hantu PTC telah dapati bahawa kebanyakan web - web mereka menggunakan 2 method utama yang berbeza iaitu dengan menggunakan platform Bux Site ataupun GPT Aurora Site. Hari ini, Hantu PTC ingin menjelaskan perbezaan di antara kedua - dua platform ini berdasarkan pembacaan informasi dari internet serta dari pengalaman Hantu PTC sendiri.

BUX SITE
Contoh PTC : Neobux, Onbux, Cashium

KEBAIKAN 

1) Mempunyai senarai iklan yang sedikit ( 4 - 10 iklan dalam sehari ) dengan kadar nilai setiap klik yang lebih tinggi ( purata USD0.01 perklik)

2) Pengguna dapat menyelesaikan tugasan rutin setiap hari dengan masa yang lebih singkat berbanding GPT Aurora Site.

3) Kebiasaannya pemilik PTC mengenakan peraturan yang lebih ringkas dan mudah difahami di mana secara psikologi pengguna tak mahu membazirkan masa yang lama hanya untuk bertandang pada laman web PTC termasuklah Hantu PTC hehehe.

4) Kelancaran perjalanan web lebih lancar dan laju dari Aurora Site mungkin disebabkan kebanjiran pelawat yang melepak terlalu lama untuk menyelesaikan tugasan di website ini. Ini mewujudkan kesesakan traffic akibat pertambahan pelawat yang baru masuk dengan yang sedia yang boleh menyumbang kelembapan perjalanan operasi web tersebut.

KEBURUKAN 

1) Kebanyakan PTC jenis Bux Site ini dikatakan mempunyai jangka hayat yang tidak lama mungkin disebabkan kadar nilai perklik lebih tinggi berbanding PTC jenis Aurora seterusnya caj pengiklanan menjadi lebih tinggi berbanding web Aurora. Ini menyebabkan para pengiklan tidak begitu tertarik untuk menggunakan khidmat Bux Site sebagai ejen pengiklanan mereka dan seterusnya sumber kewangan turut terjejas.Walau apapun sesetengah pemilik Bux Site mengambil inisiatif lain seperti memperbagaikan khidmat seperti khidmat penyewaan referral, naiktaraf keahlian dan cabutan bertuah bagi menampung kewangan untuk dibayar kepada pengguna - penggunanya.

2) Kadar penipuan(scam) dari Bux Site juga dikatakan lebih tinggi kerana pemilik PTC ini berkecenderungan untuk menipu disebabkan kadar penjanaan wang yang lebih cepat dan mudah berbanding Aurora Site dari caj yang tinggi serta keuntungan dari bayaran naiktaraf ahli, penyewaaan referral dsb. Dengan itu, mudah untuk mereka menghilangkan diri seketika dan muncul dengan web PTC yang lain di kemudian hari. Di samping itu, boleh jadi pemilik tersebut tidak mampu lagi membayar komisen untuk ahli -ahlinya kerana silap dalam menguruskan kewangan perniagaan PTC. 



GPT AURORA SITE
Contoh PTC : IndoClix, Cashtream, Advertsthatpay

KEBAIKAN 


1) GPT Aurora Site ini dikatakan lebih stabil dan menyakinkan disebabkan kadar nilai perklik yang rendah yang diberi kepada pengguna secara tak langsung kos khidmat pengiklanan menjadi lebih rendah.Ini memberi lebih tarikan para pengiklan (Advertiser) untuk menggunakan khidmat PTC ini. Ini menjadikan sumber kewangan PTC jenis ini boleh terus bertahan walaupun dengan hanya bergantung pada sumber pengiklanan sahaja di samping memperolehi pendapatan sampingan dari yuran naiktaraf ahli - ahlinya dsb.

2) Risiko untuk website Aurora ini  menjalankan aktiviti penipuan lebih rendah berbanding PTC jenis Bux Sites kerana keuntungan yang diperolehi agak lambat dan lebih berbaloi jika pemilik PTC jenis ini menjalankan urusniaga dengan lebih jujur dan berhemah untuk keuntungan pada jangkamasa panjang. (Itu tidak bermakna Aurora Site PTC bebas dari aktiviti scam ).   

3) Biasanya Aurora Site PTC menawarkan syarat pengeluaran bayaran  komisen ahli - ahli   dengan kadar yang amat rendah iaitu dalam lingkungan USD0.10 - USD0.40. 


KEBURUKAN 



1) Mempunyai senarai iklan yang banyak ( 20 - 100 iklan dalam sehari ) dengan kadar purata nilai setiap klik yang amat rendah (USD0.0001 perklik)

2) Pengguna terpaksa menyelesaikan tugasan rutin setiap hari dengan memperuntukkan masa yang banyak. Hantu PTC pernah mengambil masa 15 - 30 minit untuk Indoclix.com untuk menghabiskan tugasan rutin setiap hari berbanding Neobux yang memerlukan masa 5 minit sahaja. Nilai jumlah purata pendapatan harian USD0.02 (Indoclix) dan USD0.04 (Neobux).

3) Teralu banyak tawaran, peraturan yang berjela -jela dan sukar difahami.

4) Kelancaran perjalanan web agak terganggu dan perlahan. Hantu PTC sendiri terpaksa membuka beberapa iklan yang sama disebabkan page iklan tidak terpapar sepenuhnya dan merencatkan kemasukan komisen kat akaun sistem.


KESIMPULAN RINGKAS
Aurora GPT Site memberi kelebihan pada pengiklan (Advertiser) dan Bux Site memberi kelebihan pada pengguna (Member).  

*P/S : Hantu PTC sentiasa mengingatkan anda semua selalu membuat penilaian yang sewajarnya sebelum menyertai mana - mana program PTC ini tak kiralah ianya seperti jenis - jenis PTC di atas. 

NEOBUX









Tarikh Penyertaan
4 Mei 2010

Taraf Keahlian
Standard Membership (Ahli Percuma)

Jumlah Referral
4 (Direct Referral)

Kelebihan Yang Diperolehi Sekarang
Dapat Menaja Maksimum 72 Referrals


Perancangan Akan Datang
Kekal Sebagai Ahli Percuma

Jumlah Tuntutan Bayaran
3 Kali

Bukti Pembayaran Ke Akaun Paypal





Pembayaran 1 

 Pembayaran 2

  Pembayaran 3

Monday, October 4, 2010

Jenis Janaan Wang Yang Boleh Didapati Sebagai Ahli Biasa

Apabila kita mendaftar sebagai ahli percuma (Standard Membership) , itu tidak bermakna kita tak boleh menikmati kadar janaan (earning rate) yang tinggi. Di Neobux, kita boleh menikmati earning rate melalui 2 cara iaitu :

1)Tugasan Rutin
Seperti biasa, pengguna perlu klik senarai iklan yang akan dipaparkan pada menu "view advertisement" setiap hari. Biasanya ada 4 jenis iklan (standard exposure) yang perlu diklik oleh ahli biasa. Kadangkala, ada bonus tambahan iklan (extended exposure) dan (mini exposure) yang agak jarang diperolehi oleh ahli biasa bagi mendapatkan lebih janaan wang. Berikut adalah nilai komisen yang diberikan ke atas jenis iklan yang disediakan oleh pengurusan Neobux kepada ahli biasa.

A)Iklan Standard Exposure = USD0.01 
B)Iklan Extented Exposure  = USD0.015
C)Iklan Mini Exposure        = USD0.005

Anggaran Jumlah Kutipan Normal 4 klik sehari = USD0.04 

2)Mendapatkan Referral 
Setelah kita mendaftar, boleh dikatakan semua laman PTC menyediakan satu link peribadi (affliate link) yang terdiri daripada single URL, Banner Iklan yang mengandungi code html untuk kita bagi tujuan promosi. Jika ada orang yang membuat pendaftaran melalui affliate link kita, orang itu dipanggil "referral". Kita akan menikmati ganjaran dari pihak Neobux jika berjaya membawa ahli baru berdaftar melalui affliate link kita. Semakin ramai orang yang mendaftar pada link kita bermakna semakin tinggi dan laju kadar janaan wang yang kita dapat. Neobux memberi kemudahan kepada kita mendapatkan referral melalui 2 cara iaitu:

1)Direct Referral
Pengguna yang mendaftar melalui affliate link kita atau meletakkan username kita sebagai referrer semasa mengisi borang pendaftaran keahlian. Untuk layak menikmati komisen dari direct referral ini anda sebagai ahli biasa perlu kekal bersama Neobux sekurang - kurangnya 30 hari dengan jumlah klik 100 kali. 

2)Rented Referral 
Menyewa ahli lain yang tidak mempunyai referer. Hantu PTC tidak menggalakkan anda untuk mendapatkan referal melalui cara ini kerana ia memerlukan pengeluaran modal melainkan anda sendiri sanggup mengatasi risikonya.

Nilai Komisen Dari Referral
Kita akan memperolehi komisen setiap kali referral kita membuat klik yang cukup syaratnya.

A)Iklan Standard Exposure = USD0.005 
B)Iklan Extented Exposure  = USD0.010
C)Iklan Mini Exposure        = Tidak Ada Komisen


Contoh Perbezaan Jumlah Janaan Wang Jika Anda Bekerja Seorang Diri Berbanding Dengan Bantuan Referral Dalam Sehari

Anda Sendiri
4 kali klik  x USD0.01
Jumlah = USD0.04

Anda + 10 Orang Referral
a) 4 kali klik  x USD0.01   = USD0.04
b) 10 x 4 kali klik x USD0.005 =  USD0.20
Jumlah = USD0.24

*P/S : Anda layak menerima komisen referral ini sekiranya anda selesai melakukan tugasan rutin untuk setiap hari. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...