Tuesday, December 14, 2010

Bayaran Dari Onbux

Pada 8 Desember lalu, Hantu PTC telah menuntut bayaran cashout dari Bux Sites Onbux.com untuk kali ke-2 sebanyak USD2.94 setelah di tolak bayaran fee dari Paypal. Bayaran ini diterima serta merta (instant payment) mengikut TOS yang telah dibuat oleh pemiliknya. Tidak hairanlah PTC ini dikatakan pesaing terhebat kepada Neobux.com memandangkan rata - rata pengguna PTC berpuas hati servis yang ditawarkan. Di bawah ini, Hantu PTC menunjukkan bukti pembayaran dari PTC ini. 









Status IEN (IndoEvolution Network) Terkini

Hantu PTC telah menyebut beberapa kali mengenai krisis kewangan IEN (IndoEvolution Network) dalam beberapa posting sebelum ini sehinggalah Hantu PTC berkesempatan berchatting dengan pemilik IEN sendiri yang dikenali sebagai En. Irfan Pratama melalui YM (Yahoo! Messenger)  untuk mengetahui sendiri kedudukan IEN kendalian beliau yang terkini. Menurut En. Irfan Pratama, beliau sekarang telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan IEN terus kekal memberi perkhidmatan seperti sedia kalau. Menurutnya lagi, masalah ini dijangka akan berakhir dan beliau merancang untuk membuat pembayaran komisen ahli- ahlinya sebelum menjelang tahun baru 2011. Pembayaran kali ini dibuat untuk pengguna laman web PTC GPT Aurora kendalian IEN. Kita akan tunggu dan lihat sejauh mana beliau memenuhi janji kepada ahli - ahlinya.

Selain daripada itu, IEN juga telah membuat polisi pembayaran baru berkuatkuasa pada 4 November 2010 lalu untuk ahli - ahlinya di mana kandungan polisi terbaru ini mengandungi perkara - perkara di bawah:

1) Setiap ahli kena melaburkan sejumlah wang dalam peratusan tertentu untuk menuntut bayaran cashout seterusnya.

2) Polisi ini hanya diaktifkan mengikut jumlah keseluruhan nilai rekod cashout terdahulu mengikut jumlah yang ditetapkan. Jumlah minima polisi ini tertakluk kepada ahli - ahlinya yang membuat cashout bernilai USD10 dan ke atas.


Polisi Terbaru IEN


* P/S: Semasa posting ini dibuat, Hantu PTC sudah tidak aktif menggunakan laman - laman PTC (IndoClix dan VIPClix) selagi tiada bayaran dibuat kepada Hantu PTC (Pending Payment selama 59 Hari). Pelanggan - pelanggan IEN kebanyakannya sudah tidak menaruh kepercayaan pada IEN lagi. Namun begitu, Hantu PTC memberi tempoh sehingga 15 Jan 2010 sebelum Hantu PTC menyenaraikan laman - laman web PTC mereka ke dalam Senarai PTC yang SCAM. 

Tuesday, December 7, 2010

Cashium Kembali Dengan Pemilik Baru

Taklimat Dari Pemilik Baru Cashium 



Akhirnya pada 7 December 2010, program PTC Cashium telah kembali aktif seperti biasa dengan pengurusan baru di mana pemiliknya yang dikenali dengan nama "James Hakim" yang dikatakan turut memiliki laman web PTC Palmbux. Namun begitu, apa yang mendukacitakan bagi para pengguna Cashium, account balance sebelum laman web Cashium ini ditutup sebelum ini turut hangus di mana pemilik baru ini mengatakan bahawa beliau tidak ada kaitan dengan pemilik cashium yang dulu.Untuk itu, beliau turut mengatakan jika pengguna berhajat untuk menuntut kembali wang baki yang terdahulu, mereka hendaklah menghubungi sendiri pemilik terdahulu melalui paypal claim atau email pemilik tersebut. Hakikat yang sungguh menyakitkan bagi mereka yang mempunyai baki yang mempunyai nilai yang tinggi. Hantu PTC sendiri pun mengalami nasib yang serupa walaupun baki akaun terdahulu kira - kira USD0.60 (Tak pasti) dan Hantu PTC percaya tidak dapat menuntutnya kerana ketiadaan bukti seperti screen shot untuk baki yang terdahulu.

*P/S: Di bawah ini Hantu PTC sertakan maklumat mengenai orang yang patut di hubungi jika terdapat sebarang masalah mengenai PTC ini. Hantu sendiri pun tak pasti yang mana satu pemilik yang sebenar Cashium ini setelah mendapat maklumat ini.

Cashium Contact Information


Klikerz.com


SEBELUM


SELEPAS 


Sehingga ke hari ini, laman PTC Klikerz ini telah lenyap dari dunia internet secara mendadak tanpa sebarang pengumuman dari pemilik PTC ini. Sudah 2 minggu, Hantu PTC terus cuba melayari laman web ini dari semasa ke semasa  namun apa yang terpapar pada pelayar internet masih serupa menandakan bahawa laman web ini sudah tidak wujud lagi. Dengan ini, Hantu PTC mengistiharkan bahawa laman ptc Klikerz.com ini ialah program PTC yang SCAM. Ini merupakan kali ke-3 Hantu PTC menyertai proram PTC yang scam. Di samping itu, Hantu PTC ada mencari maklumat - maklumat masalah - masalah yang wujud sebelum website ini lenyap. Berikut Hantu PTC senarai masalah -masalah yang wujud pada PTC ini sebagai panduan untuk para pembaca mengenalpasti ciri - ciri program PTC yang SCAM.


MASALAH - MASALAH YANG DIALAMI OLEH PTC INI. 

1) Bermasalah dengan Paypal menyebabkan urusan pembayaran dan pembelian terbantut.

2) Ptc ini mempunyai forum di mana ahli boleh mendapatkan khidmat sokongan jika terdapat sebarang masalah namun begitu, pemilik ptc di katakan tidak aktif dan memberi tindakbalas yang memmuaskan. Jadi, khidmat sokongan pelanggan menjadi lumpuh.

3) Membatalkan polisi pembayaran serta merta tanpa sebarang notis menandakan pemilik ptc ini membuat tindakan tanpa memperdulikan reaksi pelanggan. 

4) Paparan antaramuka (interface) laman ini tak memuaskan dengan tulisan menu bertindih menyebabkan pengguna terkeliru membuat pilihan butang arahan yang tepat. 

*P/S : Sekiranya anda mendapat ciri - ciri di atas ada pada program PTC yang anda sertai, segeralah berhenti dari membuang masa menggunakan perkhidmatan PTC sebegini. Sekian.


Latar Belakang Halaman Web


1) Alamat IP : 74.125.53.121

2) Syarikat Hosting : http://www.dynadot.com/

3) Di daftarkan atas nama : Rena G. Benoit

4) Maklumat Pendaftar :
Rena G. Benoit yang beralamat di  2073 Hog Camp Road, Tinley Park, IL 60477
United States.

Link URL Info Lengkap : http://www.who.is/whois/klikerz.com/ 



COP RASMI SCAM HANTU PTC
 
 






Saturday, December 4, 2010

Program - Program PTC Bermasalah

Sehingga hari ini, Hantu PTC telah menyertai 27 program PTC di mana setakat ini Hantu PTC telah terlibat dalam 3 program PTC yang SCAM. Akhir - akhir ini Hantu PTC mendapati banyak program PTC yang disertai Hantu PTC bermasalah dan dilabelkan sebagai " SCAM PTC " melalui penelitian pada laman - laman web forum, blog - blog peribadi dan pengalaman sendiri. Hantu PTC akan menyenaraikan PTC - PTC yang dikatakan bermasalah ataupun dan telahpun dilabel scam oleh peminat - peminat PTC tegar. (Tertakluk pada program PTC yang disertai oleh Hantu PTC sahaja.)

1)Klikerz.com
Laman web PTC ini telah pun lesap tanpa sebab lebih dari 10 hari dan PTC ini telah di label SCAM oleh pengguna - pengguna PTC. Hantu PTC sendiri pun belum sempat nak mengeluarkan cashout yang pertama disebabkab syarat minimum pengeluaran cashout masih belum mencukupi. Hantu PTC akan bercerita lebih lanjut sebab - sebab mengapa PTC ini dilabel SCAM dalam posting akan datang Insya Allah dalam minggu depan.

2)Buxix.com
Script Zeus yang digunakan untuk laman web PTC ini mempunyai reputasi yang buruk di mana kebanyakan PTC yang menggunakan script ini telah tersenarai dalam program yang menjalankan aktiviti SCAM. Ketika ini, butang arahan payment request pada laman ini ditiadakan tanpa sebarang  maklumbalas dari pihak pengurusan Buxix. Namun begitu, Hantu PTC masih berharap bahawa masalah ini akan dapat diatasi pada masa akan datang. Hantu PTC akan memberi masa 60 hari dari hari ini sebelum meletakkan PTC ini di dalam senarai PTC yang SCAM. PTC ini telah pun dilabel scam oleh beberapa forum dan blog.  

Kedua - dua PTC ini adalah milik IEN (IndoEvolution Network Inc) yang mempunyai masalah kewangan yang serius. Hantu PTC telah mempunyai cashout yang tertangguh 45 hari iaitu lebih dari TOS PTC yang digunapakai iaitu selama 30 hari. Di samping itu, pihak IEN menukar polisi cashout di mana setiap ahli diwajibkan melaburkan peratusan wang yang tertentu dengan peraturan yang tertentu bagi membolehkan ahli - ahlinya menuntut bayaran cashout yang berikutnya. Hantu PTC akan bercerita secara lanjut mengenainya pada artikel akan datang.  

Kedua - dua PTC mempunyai masalah yang agak serupa di mana pemilik asal kedua - dua PTC ini telah menjual laman web ini kepada orang lain. Jadi, sekarang ini kedua - kedua PTC ini telah bertukar pengurusan. Hantu PTC berharap dengan pengurusan baru ini, kedua - kedua PTC ini dapat terus meraih kepercayaan pengguna - pengguna PTC dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan jujur tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pemilik - pemilik asal dikatakan mempunyai masalah pembayaran komisen kepada ahli - ahlinya. (Cashium mempunyai masalah dengan paypal sebelum ini sebelum bertukar pengurusan ). 

Satu lagi PTC yang dikatakan telah disenaraikan dalam SCAM PTC di mana ptc ini tidak membayar ahli - ahlinya. Dari respon kebanyakan pengguna ptc ini mengatakan butang payment request tidak berfungsi dan rata - rata pengguna telah putus harapan dengan ptc ini. Hari ini, Hantu PTC telah mendapati butang request payment telah berfungsi dan Hantu PTC telah membuat permohonan cashout menerusi akaun Liberty Reserve. (Hanya pembayaran melalui Liberty Reserve sahaja diaktifkan setakat ini). Mengikut TOS yang ada, tempoh pembayaran cashout dibuat serta merta.  

Permohonan Cashout Bertarikh 4 Dec 2010  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...