Thursday, September 30, 2010

Penyertaan Menjadi Ahli 3 PTC Baru

Hari ini, Hantu PTC telah membuat pendaftaran untuk 3 jenis program PTC yang baru iaitu AdvertsthatPay, IfBux dan Buxix. Ketiga - tiga PTC baru muncul di talian dan setakat ini belum ada testimonial yang menyakinkan lagi dari pengguna. Hantu PTC tak akan mengesyorkan PTC - PTC yang masih belum ada reputasi yang menyakinkan kepada anda semua. Walaupun apapun, jika anda sendiri ingin mencubanya, itu adalah hak anda :). 

AdvertsthatPay adalah PTC berasas GPT(Aurora) Site. Pemilik PTC ini dipercayai memiliki laman web PTC yang lain iaitu BuildingBrass.com dan Findreferral.com. AdvertsthatPay telah muncul pada pertengahan bulan september 2010. Apa yang menarik mengenai PTC ini ialah nilai pembayaran clicking insentif dibayar dalam matawang Pound Sterling iaitu RM4.90 perPound Sterling. Menarik bukan? 

Laman Utama AdvertsthatPay

IfBux dan Buxix pula adalah PTC yang menggunakan Platform BuxSite. Hantu PTC amat menggemari PTC yang berasaskan Buxsite kerana ia amat menjimatkan masa bagi menyudahkan proses klik harian. Satu lagi yang menarik kedua -duanya menawarkan pembayaran komisen secara serta merta melalui Paypal dan AlertPay. Walaubagaimanapun ketiga - tiga PTC ini masih dalam pengujian Hantu PTC. Hantu PTC akan mengesyorkan kepada anda sekiranya Hantu PTC berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh mereka.

Halaman Utama IfBux

Halaman Utama Buxix

Wednesday, September 29, 2010

Pengenalan Program PTC Neobux

Laman Utama Neobux.com
Neobux ketika ini menjadi sebuah PTC yang paling dipercayai dan paling mendapat tempat dikalangan pengguna yang mahu menjana pendapatan dari internet. PTC ini dikatakan telah berada dalam talian sejak bulan Mac 2008 lagi. Menurut laman web Alexa, dalam masa 3 bulan ini, Neobux berada di kedudukan 456 seluruh dunia dan kedudukan 191 di India dari jumlah statistik bilangan pelawat yang melayarinya. Hantu PTC percaya, pemilik PTC ini berasal dari India berdasarkan dari data - data yang terdapat dalam laman web Alexa. Neobux ini amat popular dikalangan pengguna asia dan rata - rata mereka memberi respon yang amat positif mengenai khidmat PTC dari Neobux ini. 

Buat masa ini, Laman web ini dikendalikan dalam 2 bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Portugis. Neobux secara umumnya, menjalankan servis pemaparan iklan secara bertempoh dan memperolehi pendapatan dari pengiklan -pengiklan yang ingin menggunakan perkhidmatannya. Selain daripada itu, Neobux juga memperolehi pendapatan dari yuran keahlian yang dikenakan ke atas pengguna.

Untuk menyertai PTC ini, pihak Neobux telah menawarkan 2 jenis keahlian iaitu keahlian percuma dan berbayar. Biasanya kalau kita menjadi ahli berbayar, kita akan ditawarkan banyak kelebihan dari ahli biasa. Apa - apapun, Hantu PTC sangat - sangat berharap agar anda semua bermula dengan keahlian percuma. Pastikan anda tidak melaburkan modal anda menjadi ahli berbayar terlebih dahulu. Keistimewaan yang paling utama Neobux ini kepada pengguna ialah pembayaran serta merta melalui akaun pemprosesan bayaran secara elektronik yang terpilih seperti Paypal, AlertPay dan Neteller dan jumlah peruntukan masa tugasan yang rendah untuk dihabiskan setiap hari.


FAKTA RINGKAS MENGENAI PTC


SUMBER PENDAPATAN 
1) Bayaran Khidmat Pengiklanan Yang Dikenakan Ke atas Pengiklan.
2) Yuran Keahlian


JENIS KEAHLIAN
1) Percuma (Standard Membership)
2) Berbayar (Golden Membership)

BILANGAN IKLAN YANG PERLU DIKLIK SETIAP HARI UNTUK PERMULAAN
4

ANGGARAN PERUNTUKAN MASA SETIAP HARI
2 minit


METHOD PEMBAYARAN KOMISEN
1) PayPal
2) Alert Pay
3) Neteller

SYARAT PENGELUARAN MINIMUM KOMISEN
 1) Pertama kali  = USD2
 2) Kali ke 2       = USD3
 3) Kali ke 3       = USD4 dan seterusnya sehingga mencecah USD10
 4) Selepas USD10, had pengeluaran minima kekal USD10 untuk seterusnya.

JENIS PLATFORM
BuxSites



Tuesday, September 28, 2010

BuxLoft PTC Program Yang Baru Dilancarkan Pada 27 September 2010

Laman Utama Website BuxLoft 


Hari ini Hantu PTC telah menyertai satu PTC yang baru dilancarkan pada 27 September 2010. PTC website tersebut dikenali sebagai BuxLoft yang menggunakan platform BuxSite. Hantu PTC belum dapat memastikan PTC ini scam atau sebaliknya. Oleh itu, anda semua tak dicadangkan lagi  menyertainya. Memandangkan BuxLoft ini masih baru, setakat ini tiada lagi pembayaran telah dibuat untuk ahli - ahlinya. So, kalau anda tetap ingin mencuba menjadi ahli, semua itu terpulang pada anda :-). Hantu PTC juga berharap PTC baru ini tidak menjalankan aktiviti scam. Jika ada kesempatan, Hantu PTC akan mengupas dengan lebih terperinci tentang PTC ini di samping berkongsi pengalaman Hantu PTC menyertainya kepada para pembaca semua. 

Monday, September 27, 2010

Senarai PTC Yang Telah Hantu PTC Sertai


Sebenarnya penglibatan Hantu PTC dalam bidang PTC masih terlalu baru dan belum lagi mencapai usia 1 tahun penglibatannya. Namun begitu, Hantu PTC tetap komited dan bersungguh - sungguh dalam menyampaikan maklumat - maklumat yang berguna terutama bagi mereka yang baru ingin mengenali dunia  PTC serta menjana pendapatan sampingan darinya. 

Setakat ini, Hantu PTC telah menyertai 12 buah prog PTC dan kesemua akaun itu dikawal sepenuhnya oleh Hantu PTC. Hantu PTC ingin membuktikan bahawa dengan PTC juga, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan jika kita bersungguh - sungguh ingin mencapai matlamatnya. Hantu PTC suka untuk menyenaraikan website - website PTC yang telah Hantu PTC sertai mengikut kronologi dari awal hinggalah sekarang.


1) 4 Mei 2010        
= Berdaftar menjadi ahli Neobux dan LogiPTC

2) 19 Julai 2010      
= Menjadi ahli VIPCLix

3) 23 Julai 2010     
= Menyertai FoxBux dan Indoclix PTC  

4) 10 Ogos 2010   
= Menjadi ahli Cashium dan Onbux 

5) 13 Ogos 2010    
= Menjadi ahli Cashstream

6) 17 Ogos 2010   
= Menyertai ClickMY

7) 22 Ogos 2010    
= Berdaftar sebagai ahli BuxP

8) 18 Sept 2010     
= Menjadi ahli CashView

9) 19 Sept 2010     
= Menyertai Buxism PTC 


Untuk entri yang akan datang, Hantu PTC akan mengupas satu persatu PTC yang telah Hantu PTC sertai secara terperinci dan berkongsi pengalaman Hantu PTC sepanjang menyertai PTC tersebut. Pada masa akan datang, Hantu PTC akan menyertai lebih banyak PTC supaya lebih mudah para pembaca sekalian membuat pilihan PTC mana yang bagus untuk disertai.
  

Sunday, September 26, 2010

Selamat Datang Semua Pembaca




Assalamulaikum W.B.T,


Ketika ini, isi kandungan blog Hantu PTC masih lagi kurang dan belum seperti yang dikehendaki sebelum dibuka kepada umum. Namun begitu, Hantu PTC ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu serba sedikit objektif blog ini dicipta. Blog ini dicipta bertujuan sebagai tempat perkongsian maklumat khususnya tentang PTC ( Pay-To-Click) Program iaitu sejenis program jana duit percuma dalam talian. Disamping itu, Hantu PTC juga akan berkongsi dengan anda perjalanan pengalaman Hantu PTC ini sepanjang menceburi program ini. Hantu PCT juga merancang untuk menambah-baik mutu persembahan blog ini dari semasa ke semasa. Hantu PTC amatlah berharap blog ini dapat memberi banyak manfaat untuk para pembaca semua.Sekiranya anda mempunyai cadangan atau kritikan, Hantu PTC akan menerimanya dengan hati terbuka.Semoga sokongan dari anda semua membuatkan blog ini terus ceria. Tanpa anda semua, siapalah Hantu PTC. Sekian. Terima Kasih kerana menjadi pengunjung blog ini :-). 

Friday, September 24, 2010

PANDUAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI PTC YANG MENIPU (SCAM PTC)

Sebenarnya amat sukar untuk mengenalpasti PTC - PTC yang menjalankan aktiviti scam atau penipuan terhadap ahli - ahlinya kerana tiada badan - badan induk yang jelas menguatkuasakan undang - undang dan etika menjalankan perniagaan berkonsepkan sedemikian. Ada PTC yang berselindung di sebalik skim cepat kaya (Skim Ponzi) di mana ahli - ahlinya dikenakan bayaran untuk menyertainya dengan janji yang manis. Selepas mereka mendapat apa yang dihajati, web - web PTC ini terus lesap dengan duit ahli -ahlinya. Sebab itu, ramai dikalangan otai - otai IM (Internet Marketer) tidak begitu menyukai program seperti ini. Walaubagaimanapun, masih ada sebilangan yang berjaya dalam PTC ini. Semua itu terpulang kepada cara perancangan yang betul disamping usaha yang berterusan untuk terus hidup dengan PTC ini. 

Di sini, Hantu PTC ingin mengemukakan beberapa cadangan yang patut diikuti oleh sesiapa sahaja yang mahu menceburi cara membuat wang dari PTC ini. 

1)Jangan Keluarkan Modal 
Pilih PTC yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk ahli - ahli barunya. Elakkan menyertai mana - mana PTC yang mengenakan bayaran jika mahu menyertainya. Biarlah anda menjana wang sebagai ahli biasa asalkan anda tidak mengeluarkan modal sendiri. Kalau secara tak sengaja terlibat dengan PTC yang scam, sekurang -kurang kehilangan wang anda dapat dielakkan walaupun anda rugi di atas pembaziran masa melakukan proses janaan wang di website mereka. 

2)Membuat Penyelidikan 
Ambil masa membuat sedikit kajian terhadap PTC yang ingin disertai. Ini boleh dilakukan dengan menyertai forum - forum internet, website atau blog badan bebas atau peribadi yang membuat penyiasatan mengenai PTC website  atau bertanya kepada orang yang telah mempunyai pengalaman dalam selok belok bidang berkaitan. 

3)Utamakan PTC Yang Memerlukan Peruntukan Masa Yang Rendah Untuk Di Siapkan
Biasanya Untuk menyiapkan proses harian menjana wang memerlukan sejumlah peruntukan masa bergantung sebanyak mana senarai iklan yang perlu diklik setiap hari. Cari PTC yang mempunyai senarai iklan yang sedikit dan mempunyai nilai klik yang berpatutan. Biasanya PTC berasaskan BuxSite lebih menjimatkan masa berbanding PTC yang menggunakan platform GPT (Aurora) Sites.


Hantu PTC amat berharap anda semua memilih PTC yang ingin disertai dengan bijak. Sama -samalah kita banteras PTC - PTC yang scam ini.  


Thursday, September 23, 2010

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN MENJADI AHLI PTC

Walaupun Program PTC ini ialah program yang mudah menjana duit untuk anda yang tiada masa kerana komitmen kerja untuk membuat pendapat sampingan, itu tidak bermakna PTC ini tidak ada keburukannya. Di ruangan ini, Hantu PTC akan  menyenaraikan kelebihan dan keburukan dengan menyertai PTC ini bagi memberi peluang kepada pembaca menilaikan sendiri. Secara peribadi, Hantu PTC amat menyarankan untuk anda menyertainya terutama kepada mereka yang ingin merasa pengalaman pertama memperolehi pendapatan melalui internet. Mana tau, jika kena dengan strategy dan rancangan pemasaran, ia boleh memberi pendapatan yang berbaloi bagi anda. "Tepuk Dada, Tanya Iman ".

KELEBIHAN 

1) Tidak Memerlukan Sebarang Modal
Kebanyakan PTC hari ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin menyertainya.100% percuma sebagai ahli biasa. Namun begitu, anda boleh memilih untuk menaiktaraf keahlian dan menikmati lebih keistimewaan terutama dari segi kadar nilai klik yang lebih tinggi dari biasa, peningkatan jumlah orang yang boleh ditaja dsb.

2) Syarat Penyertaan Yang Amat Ringkas Dan Tak Membebankan
Tidak seperti program buat duit melalui internet yang lain di mana orang yang ingin menyertainya perlu ada blog dan website sendiri, kadar jumlah pelawat, membuat bayaran, perlu mencari downline, pembeli. Anda seorang sudah mencukupi untuk menjana duit dari program PTC ini. Hanya perlu ada email, komputer dan sambungan internet anda boleh menjalankannya di mana - mana sahaja anda berada. Jika anda mahu lebih pendapatan dari PTC ini, anda boleh memilih menjadi ahli berbayar atau membuat sendiri pelan pemasaran yang dinamik. Itu terpulang kepada anda sendiri. Perlu diingatkan pihak PTC kebiasaanya membenarkan ahlinya mempunyai satu akaun sahaja. Jika anda didapati menipu, akaun anda ditutup serta merta.

3) Tidak memerlukan komitmen yang tinggi. 
Proses klik - klik dari PTC ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk diselesaikan. Terpulang kepada anda untuk melakukan bila - bila masa sahaja. Walaupun begitu,  seeloknya anda aktif setiap hari  kerana PTC ini bukan program pendapatan pasif  yang sebenar. Hanya perlu peruntukkan sedikit masa untuk memperolehi pendapatan yang konsisten.


KEBURUKAN

1) Kadar Penipuan Yang Tinggi
Program PTC ini dikatakan mempunyai kadar penipuan atau scam yang amat tinggi kerana kebanyakan pemilik - pemilik yang menjalankan PTC ini adalah orang perseorangan. Mereka tidak membayar ahli seperti yang dijanjikan mungkin disebabkan faktor silap pengurusan modal ataupun memang sengaja untuk melakukan penipuan. Dengan itu, ramai ahli yang kecewa atas faktor kerugian wang yang dilaburkan dan pembaziran masa yang diperuntukkan.

2) Kadar Janaan Wang Yang Amat Perlahan
Hakikatnya PTC ini mempunyai kadar janaan wang yang amat perlahan berbanding program pendapatan internet yang lain. Secara puratanya, seorang ahli biasa hanya boleh menjana sekitar USD0.02 (RM0.07)  untuk setiap hari. Bagi yang mengharapkan duit lumayan yang singkat dari PTC ini memanglah agak mustahil akan tetapi masih ada ruang untuk mengecapinya untuk tempoh jangka masa yang panjang kalau kena pada caranya.

3) Agak Membebankan Jika Anda Menyertai Banyak  Program PTC
Jika anda menyertai 1 atau 2 jenis PTC sahaja mungkin ia tidak membebankan sangat. Cuba bayangkan komitmen masa yang perlu anda peruntukkan jika menyertai lebih dari 10 PTC, sudah semestinya peruntukan masa dan komitmen menjadi semakin tinggi. Tapi usah anda risau, tiada hukuman berat akan dikenakan cuma kesan ke atas jumlah penjanaan duit akan kelihatan. Semuanya terpulang kepada anda sejauh mana usaha anda ingin berjaya dari PTC ini.

Sunday, September 19, 2010

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJANA WANG DARI PTC ?

Sebagai pengunjung atau pelawat, kita sebenarnya boleh menjana wang dari program ini. Untuk mendapat kelebihan itu, anda perlu menjadi ahli yang berdaftar terlebih dahulu.Biasanya laman web PTC ini membuka keahlian kepada pelawat dengan menyediakan borang dalam talian untuk diisi oleh pelawat yang ingin mendapatkan insentif dari PTC ini. Setelah maklumat - maklumat peribadi diisi, pelawat atau kita perlu mengesahkan kebenaran maklumat - maklumat yang diberikan. Proses pengesahan tersebut amat mudah dan selesai dalam masa beberapa minit lagi. Setelah disahkan, pihak PTC akan menghantar satu email yang mengandungi link pengaktifan akaun. Kita hanya perlu klik link tersebut menandakan keahlian anda sudahpun diterima. Selepas itu, anda boleh log in akaun tersebut untuk mendapat wang hasil daripada klik ke atas iklan yang ditetapkan oleh pihak pemilik PTC tersebut. 


LANGKAH - LANGKAH UMUM UNTUK MENJANA WANG DARI PTC



 RAJAH 2.0
1) Anda perlu menjadi ahli berdaftar terlebih dahulu. Biasanya pada halaman utama website PTC itu tertera butang join, register or signup seperti dalam rajah 2.0.

RAJAH 2.1 


 RAJAH 2.2


2) Selepas itu, anda dibawa ke paparan borang pendaftaran keahlian. Isi maklumat -maklumat yang diperlukan dan setelah siap klik butang complete registeration seperti dalam rajah 2.1. Selepas siap. Paparan seperti rajah 2.2 akan kelihatan.

3) Sesetengah web PTC akan menghantar satu email pada anda untuk langkah tambahan pengesahan akaun PTC. Di dalam email tersebut disertakan link dan kod pengaktifan akaun seperti dalam rajah 2.3. Anda perlu memeriksa inbox email anda dengan berhati - hati sebab kadang -kadang email yang dihantar itu termasuk dalam ruang spam mailbox. Seperti dalam contoh web PTC di atas, anda tidak perlu memeriksa email dan anda boleh terus masukkan username dan password anda dengan mengisi ruang kosong pada section account login halaman utama web PTC tersebut.


   RAJAH 2.3

4) Setelah anda berjaya login ke akaun anda, paparan seperti rajah 2.4 akan terhasil pada skrin komputer. Huruf A dan B menunjukkan persamaan isi kandungan link dan butang tersebut. Manakala ruang Earning Balance Stats menunjukkan jumlah wang terkumpul hasil dari klik ke atas senarai iklan yang disediakan. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan pemilik PTC menggunakan cara pemindahan wang kepada anda melalui Paypal, Liberty Reserve dan Alert Pay. Amat jarang sekali PTC yang memindahkan wang terus kepada anda melalui akaun bank. Hal ini akan diceritakan lebih lanjut pada artikel yang akan datang.

 RAJAH 2.4

5) Selepas itu, anda bolehlah menjelajah ruang A dan B untuk mengumpul wang dari klik ke atas senarai iklan yang disediakan. Apabila anda klik atas satu iklan tersebut, anda perlu menunggu beberapa saat untuk pengesahan sebelum wang tersebut direkodkan pada akaun PTC anda. Sekian untuk kali ini. 


P/S : Langkah - langkah ini hanya berdasarkan pada kelaziman format web PTC. Itu tidak bermakna keseluruhannya sama dari segi kedudukan menu, cara persembahan, cara perlaksanaan dan promosi satu - satu PTC. Setiap perniagaan PTC ada keistimewaan dan kelemahan tersendiri.

Thursday, September 2, 2010

APAKAH ITU PTC ?

PTC ialah singkatan akronim dari perkataan "Paid To Click" atau dalam melayunya "Dibayar Untuk Klik". Jika anda selalu melayari internet tidak dapat tidak anda akan dapat melihat perkataan PTC ini di merata ruang website mahupun enjin carian seperti Yahoo dan Google. Bagi yang masih terlalu hijau dalam dunia internet pastinya tertanya - tanya apakah itu PTC ? (Saya amat pasti bagi yang dah lama dalam dunia internet ni sedikit sebanyak sudah mengetahui apa itu PTC).


Kita sudah mengetahui apa itu PTC secara umum. Sekarang kita akan mengenali lebih dekat ape yang di panggil PTC ni. PTC ialah satu cabang perniagaan internet dalam talian yang lebih menjurus ke arah bidang pemasaran pengiklanan secara asasnya. Sumber kewangan utama perniagaan ini diperoleh dari pengiklan - pengiklan dan yuran keahlian. Ada juga pemilik - pemilik PTC ini menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan bisnes perkongsian keuntungan (affliate) mereka sendiri bagi mempelbagaikan sumber kewangan mereka.


BAGAIMANA PTC MENJANA PENDAPATAN ? 


Secara umumnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan kejayaan perniagaan internet ni diukur dengan jumlah kedatangan pelawat laman web atau blog atau bahasa teknikalnya TRAFFIC. Semakin tinggi jumlah Traffic maka semakin tinggi peluang sesebuah bisness internet ini menjana keuntungan. PTC juga tidak terkecuali dari konsep ini namun PTC menggunakan pendekatan mengumpul jumlah traffic yang kebanyakannya terdiri dari pelawat -pelawat yang ingin menjana wang dari rumah. Pelawat - pelawat web PTC ini biasanya dipelawa untuk mendaftar keahlian bagi memudahkan pihak pengurusan membuat pembahagian komisen dan yang paling penting membina kesetiaan pelawat - pelawat untuk berkunjung ke lawan web mereka. Komisen ahli - ahli yang berdaftar ini di jana bagi setiap kunjungan ataupun 'KLIK' ke atas laman web pengiklan. Dengan itu, pihak PTC dapat mengekalkan jumlah traffic dan ini dapat menyakinkan lagi ramai pengiklan yang sedia untuk membayar slot iklan yang dipaparkan. Boleh dikatakan PTC ini bertindak sebagai orang tengah diantara pengiklan dan pengguna(pelawat) di mana pengiklan membayar pihak PTC untuk mempromosikan produk mereka sementara pemilik PTC berkongsi sedikit keuntungan dengan pelawat web. Di bawah ni ada gambarajah menunjukkan bagaimana sesebuah laman web PTC itu berfungsi bagi memudahkan pemahaman pembaca - pembaca blog ini :)


RINGKASAN PROSES  BAGAIMANA PTC MENJANA PENDAPATAN 


A) PEMILIK LAMAN WEB PTC
  •  Caj kepada pengiklan (Advertiser) mengikut tempoh masa tertentu penyiaran iklan untuk dilawati pelawat - pelawat.
  •  Memasukkan ruang - ruang iklan program - program affliate, PPC (Pay perclick) pemilik PTC itu sendiri.
  •  Yuran keahlian pelawat2, yuran sewaan downline dan bonus - bonus tertentu bagi menarik pelawat mendaftar dengan mereka. 
B) PENGIKLAN
  • Memperolehi peluang meningkatkan keuntungan dari peningkatan jumlah traffic.

C) PENGUNJUNG/PELAWAT
  • Mendapat komisen dari klik ke atas setiap laman web pengiklan.
  • Mendapat peningkatan kadar nilai klik sekiranya menaiktaraf tahap ahli. 
Daripada ringkasan tersebut, bolehlah dikatakan bahawa PTC ini memberikan win - win situation kepada semua pihak sekiranya diamalkan dengan betul tanpa penyelewengan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...