Thursday, September 23, 2010

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN MENJADI AHLI PTC

Walaupun Program PTC ini ialah program yang mudah menjana duit untuk anda yang tiada masa kerana komitmen kerja untuk membuat pendapat sampingan, itu tidak bermakna PTC ini tidak ada keburukannya. Di ruangan ini, Hantu PTC akan  menyenaraikan kelebihan dan keburukan dengan menyertai PTC ini bagi memberi peluang kepada pembaca menilaikan sendiri. Secara peribadi, Hantu PTC amat menyarankan untuk anda menyertainya terutama kepada mereka yang ingin merasa pengalaman pertama memperolehi pendapatan melalui internet. Mana tau, jika kena dengan strategy dan rancangan pemasaran, ia boleh memberi pendapatan yang berbaloi bagi anda. "Tepuk Dada, Tanya Iman ".

KELEBIHAN 

1) Tidak Memerlukan Sebarang Modal
Kebanyakan PTC hari ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin menyertainya.100% percuma sebagai ahli biasa. Namun begitu, anda boleh memilih untuk menaiktaraf keahlian dan menikmati lebih keistimewaan terutama dari segi kadar nilai klik yang lebih tinggi dari biasa, peningkatan jumlah orang yang boleh ditaja dsb.

2) Syarat Penyertaan Yang Amat Ringkas Dan Tak Membebankan
Tidak seperti program buat duit melalui internet yang lain di mana orang yang ingin menyertainya perlu ada blog dan website sendiri, kadar jumlah pelawat, membuat bayaran, perlu mencari downline, pembeli. Anda seorang sudah mencukupi untuk menjana duit dari program PTC ini. Hanya perlu ada email, komputer dan sambungan internet anda boleh menjalankannya di mana - mana sahaja anda berada. Jika anda mahu lebih pendapatan dari PTC ini, anda boleh memilih menjadi ahli berbayar atau membuat sendiri pelan pemasaran yang dinamik. Itu terpulang kepada anda sendiri. Perlu diingatkan pihak PTC kebiasaanya membenarkan ahlinya mempunyai satu akaun sahaja. Jika anda didapati menipu, akaun anda ditutup serta merta.

3) Tidak memerlukan komitmen yang tinggi. 
Proses klik - klik dari PTC ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk diselesaikan. Terpulang kepada anda untuk melakukan bila - bila masa sahaja. Walaupun begitu,  seeloknya anda aktif setiap hari  kerana PTC ini bukan program pendapatan pasif  yang sebenar. Hanya perlu peruntukkan sedikit masa untuk memperolehi pendapatan yang konsisten.


KEBURUKAN

1) Kadar Penipuan Yang Tinggi
Program PTC ini dikatakan mempunyai kadar penipuan atau scam yang amat tinggi kerana kebanyakan pemilik - pemilik yang menjalankan PTC ini adalah orang perseorangan. Mereka tidak membayar ahli seperti yang dijanjikan mungkin disebabkan faktor silap pengurusan modal ataupun memang sengaja untuk melakukan penipuan. Dengan itu, ramai ahli yang kecewa atas faktor kerugian wang yang dilaburkan dan pembaziran masa yang diperuntukkan.

2) Kadar Janaan Wang Yang Amat Perlahan
Hakikatnya PTC ini mempunyai kadar janaan wang yang amat perlahan berbanding program pendapatan internet yang lain. Secara puratanya, seorang ahli biasa hanya boleh menjana sekitar USD0.02 (RM0.07)  untuk setiap hari. Bagi yang mengharapkan duit lumayan yang singkat dari PTC ini memanglah agak mustahil akan tetapi masih ada ruang untuk mengecapinya untuk tempoh jangka masa yang panjang kalau kena pada caranya.

3) Agak Membebankan Jika Anda Menyertai Banyak  Program PTC
Jika anda menyertai 1 atau 2 jenis PTC sahaja mungkin ia tidak membebankan sangat. Cuba bayangkan komitmen masa yang perlu anda peruntukkan jika menyertai lebih dari 10 PTC, sudah semestinya peruntukan masa dan komitmen menjadi semakin tinggi. Tapi usah anda risau, tiada hukuman berat akan dikenakan cuma kesan ke atas jumlah penjanaan duit akan kelihatan. Semuanya terpulang kepada anda sejauh mana usaha anda ingin berjaya dari PTC ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...