Friday, September 24, 2010

PANDUAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI PTC YANG MENIPU (SCAM PTC)

Sebenarnya amat sukar untuk mengenalpasti PTC - PTC yang menjalankan aktiviti scam atau penipuan terhadap ahli - ahlinya kerana tiada badan - badan induk yang jelas menguatkuasakan undang - undang dan etika menjalankan perniagaan berkonsepkan sedemikian. Ada PTC yang berselindung di sebalik skim cepat kaya (Skim Ponzi) di mana ahli - ahlinya dikenakan bayaran untuk menyertainya dengan janji yang manis. Selepas mereka mendapat apa yang dihajati, web - web PTC ini terus lesap dengan duit ahli -ahlinya. Sebab itu, ramai dikalangan otai - otai IM (Internet Marketer) tidak begitu menyukai program seperti ini. Walaubagaimanapun, masih ada sebilangan yang berjaya dalam PTC ini. Semua itu terpulang kepada cara perancangan yang betul disamping usaha yang berterusan untuk terus hidup dengan PTC ini. 

Di sini, Hantu PTC ingin mengemukakan beberapa cadangan yang patut diikuti oleh sesiapa sahaja yang mahu menceburi cara membuat wang dari PTC ini. 

1)Jangan Keluarkan Modal 
Pilih PTC yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk ahli - ahli barunya. Elakkan menyertai mana - mana PTC yang mengenakan bayaran jika mahu menyertainya. Biarlah anda menjana wang sebagai ahli biasa asalkan anda tidak mengeluarkan modal sendiri. Kalau secara tak sengaja terlibat dengan PTC yang scam, sekurang -kurang kehilangan wang anda dapat dielakkan walaupun anda rugi di atas pembaziran masa melakukan proses janaan wang di website mereka. 

2)Membuat Penyelidikan 
Ambil masa membuat sedikit kajian terhadap PTC yang ingin disertai. Ini boleh dilakukan dengan menyertai forum - forum internet, website atau blog badan bebas atau peribadi yang membuat penyiasatan mengenai PTC website  atau bertanya kepada orang yang telah mempunyai pengalaman dalam selok belok bidang berkaitan. 

3)Utamakan PTC Yang Memerlukan Peruntukan Masa Yang Rendah Untuk Di Siapkan
Biasanya Untuk menyiapkan proses harian menjana wang memerlukan sejumlah peruntukan masa bergantung sebanyak mana senarai iklan yang perlu diklik setiap hari. Cari PTC yang mempunyai senarai iklan yang sedikit dan mempunyai nilai klik yang berpatutan. Biasanya PTC berasaskan BuxSite lebih menjimatkan masa berbanding PTC yang menggunakan platform GPT (Aurora) Sites.


Hantu PTC amat berharap anda semua memilih PTC yang ingin disertai dengan bijak. Sama -samalah kita banteras PTC - PTC yang scam ini.  


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...