Mengenai Hantu PTC




Blog Hantu PTC ini diwujudkan oleh pemilik blog bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang penglibatan pemilik blog menjana pendapatan melalui Paid To Click Program (PTC). Memandangkan pengalaman pemilik blog masih setahun jagung dalam dunia PTC ini, Hantu PTC amat mengalu – alukan sebarang komen dan pandangan dari para pengunjung yang mungkin lebih mengetahui selok belok dunia PTC ini. Dewasa ini, kredibiliti program PTC ini sudah lama tercemar pada pandangan mata pengguna – pengguna internet akibat kerakusan pemilik – pemilik PTC mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan menjadikan ia tidak begitu diyakini lagi sehingga tahap scam program ini diklasifikasikan sehingga 90%. Namun begitu, ada juga pemilik PTC yang menjalankan program ini dengan jujur dan penuh etika.

Hantu PTC amatlah berharap agar blog ini dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan bermanfaat untuk para pengunjung blog ini sekalian. Berikut adalah harapan pemilik blog terhadap blog Hantu PTC ini untuk masa akan datang.

HARAPAN HANTU PTC

1) Membuktikan program PTC ini tidaklah seburuk yang di sangka.

2) Mencadangkan program PTC yang menjalankan perniagaan dengan jujur dan penuh etika untuk disertai oleh pembaca blog.

3) Membanteras program yang menjalankan aktiviti penipuan dengan memastikan orang ramai menjauhkan diri dari melibatkan diri dalam program PTC yang scam.

4) Membuktikan bahawa kita boleh berjaya dalam program ini jika kena pada cara dan usahanya.

5) Blog Hantu PTC akan terus berevolusi dari semasa ke semasa dan menjadi Portal Utama yang menjadi rujukan bagi sesiapa yang berminat dengan PTC.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...