Sunday, November 21, 2010

BuxLoft

SEBELUM

SELEPAS  

Kali ini, Hantu PTC mengumumkan bahawa ptc BuxLoft (buxloft.net) adalah ptc SCAM. Sehingga posting ini dibuat, laman web ptc ini sudah tidak kelihatan dalam talian selama 2 minggu bermula dengan masalah bug error yang memaparkan kenyataan "Invalid License Key" apabila ahli hendak login ke akaun ptc tersebut. Sebenarnya ptc ini sudah menunjukkan ciri - ciri yang meragukan di awal kemunculan dengan masalah yang sama (Invalid License Key error) dan masalah tersebut telah diatasi kemudiannya. Selepas itu, sistem timer dan confirmation complete ads view pula bermasalah dan pihak admin telah menukar sistem complete ads view dengan kaedah CAPTCHA yang menimbulkan reaksi amat negatif daripada ahli - ahli. Dengan kaedah ini, ahli terpaksa meluangkan banyak masa dari yang sepatutnya ketika proses pemaparan iklan dan sekiranya kod CAPTCHA salah diisi, ahli terpaksa membaca iklan yang sama dari awal perkiraaan timer. Pihak admin telah berjanji bahawa penggunaan sistem ini hanya bersifat sementara sebelum ia kembali kepada sistem asal. Sehinggalah masalah "Invalid License Key" berulang lagi, pihak admin terus membisukan diri dari terus memberi tindakbalas kepada ahli - ahlinya yang berhubung melalui email dan forum ptc ini. Dengan itu, Hantu PTC menyeru kepada sesiapa sahaja agar jangan menyertai dan bagi sokongan kepada ptc ini dan ptc baru yang mempunyai  sebarang kaitan dengan ptc ini. 

Masalah Invalid License Key

Sistem CAPTCHA yang dikatakan pihak Admin BuxLoft bersifat sementara.

Latar Belakang Halaman Web

1) Alamat IP : 72.9.157.137

2) Syarikat Hosting : GODADDY.COM, INC.

3) Di daftarkan atas nama :
William Bryant

4) Maklumat Pendaftar :  William Bryant yang beralamat di Helsinki, Finland.

Link URL Info Lengkap : http://whois.domaintools.com/buxloft.net


COP RASMI SCAM HANTU PTC

Saturday, November 20, 2010

Cashout Ke-2 Dari FoxBux

Rekod Tarikh Permohonan Cashout Dibuat
Pada 14 November 2010 lalu, Hantu PTC telah menerima bayaran kali ke-2 dari FoxBux sebanyak USD1.92 setelah membuat permohonan cashout pada 10 November 2010. Ini bermakna proses transaksi cashout ke akaun paypal pengguna PTC ini memakan masa 4 hari dari tarikh permohonan. Sebelum ini, cashout pertama dari FoxBux memakan masa 2 hari berdasarkan pengalaman Hantu PTC di mana permohonan dibuat pada 30 Ogos 2010. Walaubagaimanapun, tempoh ini masih mengikut TOS yang ditetapkan oleh PTC iaitu dalam masa 7 hari waktu bekerja. Berikut Hantu PTC akan mengemukakan bukti dari pembayaran yang telah dibuat oleh FoxBux ke akaun PayPal Hantu PTC.


Bayaran Pertama

Bayaran Kedua
*P/S: Setakat ini, tiada respon yang negatif dilaporkan berkenaan dengan isu cashout dari PTC ini.



Wednesday, November 17, 2010

Klikerz, Schnaapklicks dan Moneybux

Pada 16 November 2010, Hantu PTC telah menyertai 3 program PTC yang mana kesemuanya menggunakan platform buxsites dari PTC Evolution (Pembangun Website PTC). PTC tersebut ialah Klikerz, Schnaapklicks dan Moneybux.

Halaman Utama Klikerz

Halaman Utama Schnaapklicks

Halaman Utama Moneybux


Monday, November 8, 2010

Bayaran Dari Cashstream, IndoClix dan Neobux

Cashstream

Pada minggu lepas, Hantu PTC menerima bayaran dari Cashtream sebanyak USD1.49 pada 4 November yang lalu. Hantu PTC telah membuat permohonan cashouts pada 3 November 2010 dan ini bermakna proses cashout hanya mengambil masa lebih kurang 1 hari bertepatan dengan TOS yang menyatakan proses ini memakan masa 48 jam dari masa permohonan dibuat. Hantu PTC amat berpuas hati dengan servis pembayaran komisen dari ptc ini memandangkan tempoh cashouts amat cepat berbanding kebanyakan ptc. Sebenarnya Cashtream ini mempunyai reputasi yang agak baik dikalangan pengguna ptc dan mempunyai kaitan dengan ptc CashViews dan CashnHits yang bernaung di bawah pemilik yang sama. Di bawah ini adalah bukti pembayaran komisen dari ptc jenis GPT Aurora ini.


Bayaran Pertama Dari Cashstream 

Pada posting yang lepas, Hantu PTC ada bercerita mengenai masalah kelewatan bayaran dari IndoClix disebabkan oleh bug errors pada sistem. Oleh hal yang demikian, pihak IEN (IndoEvolution Network Inc) mengumumkan polisi sementara berkenaan dengan isu bayaran ini dengan memanjangkan tempoh proses cashouts ini kepada 30 hari. Akhirnya, pada 6 November 2010 baru - baru ini, Hantu PTC telah menerima bayaran komisen ini ke akaun Paypal iaitu sebanyak USD1.53. Ini bermakna pihak IEN telah menepati janjinya kalau diikutkan dari tarikh permohonan cashouts yang telah dibuat oleh Hantu PTC pada 8 Oktober lalu. Pada ketika ini, pihak IEN sekali lagi mengumumkan polisi baru berkenaan dengan isu ini. Polisi baru ini memerlukan pengguna perlu membuat bayaran sebagai reinvestment fund untuk cashouts yang akan datang. Ini bertujuan untuk memastikan tahap kewangan mereka stabil. Perkara ini akan Hantu PTC ceritakan secara terperinci pada posting yang akan datang. Berikut adalah bukti pembayaran dari website ptc ini.


Bayaran Pertama Dari IndoClix

  
Bayaran kali ini merupakan kali ke-3 Hantu PTC dapat dari sebuah ptc yang sememangnya merupakan ptc yang terkenal dengan reputasi pembayaran serta merta di kalangan peminat PTC sedunia. Tidak hairanlah ramai blogger, laman - laman web dan forum yang melabelkan ptc ini tahap elit. Hantu PTC telah menerima USD3.97 dari ptc ini. Di bawah ini adalah bukti pembayaran komisen dari neobux.

Bayaran Ke 3 Dari Neobux

Tuesday, November 2, 2010

Bayaran dari Cashviews Dalam Masa 3 hari dan Permohonan Cashouts dari ptc ClicksMy.com

Pada 29 Oktober 2010 lalu, Hantu PTC telah membuat permohonan cashout dari ptc CashViews a.k.a Incentive Traffic dan dalam tempoh 3 hari bayaran tersebut telah diterima ke akaun Paypal Hantu PTC.Menurut TOS CashViews sendiri, bayaran komisen akan ditunaikan ke akaun PayPal pengguna PTC dalam tempoh 2 - 7 hari masa bekerja. Ini menunjukkan ptc ini membayar ahli - ahli dalam tempoh masa yang dijanjikan. DI bawah ini, Hantu PTC sertakan bukti pembayaran dari CashViews menerusi akaun PayPal Hantu PTC.



Selain daripada itu, pada hari ini Hantu PTC telah memohon pengeluaran komisen dari ptc ClicksMy dan sedang menunggu komisen akan dikreditkan ke akaun PayPal Hantu PTC. Menurut TOS pembayaran dari ptc ini, tempoh menunggu ditetapkan sehingga 3 minggu untuk ahli bertaraf standard (percuma) sebelum pembayaran di kreditkan ke akaun ahli. Sebelum anda layak memohon cashout ini, anda perlu mempunyai 3 posting pada forum yang disediakan ClicksMY ini. Untuk cashout yang akan datang, masih ada lagi syarat - syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh kita. Terlalu banyak sekatan dan halangan untuk mengeluarkan komisen dalam ptc ini.Apa - apapun Hantu PTC berharap tiada masalah yang timbul dalam menunggu komisen dikreditkan ke akaun Hantu PTC.  

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...