Sunday, November 21, 2010

BuxLoft

SEBELUM

SELEPAS  

Kali ini, Hantu PTC mengumumkan bahawa ptc BuxLoft (buxloft.net) adalah ptc SCAM. Sehingga posting ini dibuat, laman web ptc ini sudah tidak kelihatan dalam talian selama 2 minggu bermula dengan masalah bug error yang memaparkan kenyataan "Invalid License Key" apabila ahli hendak login ke akaun ptc tersebut. Sebenarnya ptc ini sudah menunjukkan ciri - ciri yang meragukan di awal kemunculan dengan masalah yang sama (Invalid License Key error) dan masalah tersebut telah diatasi kemudiannya. Selepas itu, sistem timer dan confirmation complete ads view pula bermasalah dan pihak admin telah menukar sistem complete ads view dengan kaedah CAPTCHA yang menimbulkan reaksi amat negatif daripada ahli - ahli. Dengan kaedah ini, ahli terpaksa meluangkan banyak masa dari yang sepatutnya ketika proses pemaparan iklan dan sekiranya kod CAPTCHA salah diisi, ahli terpaksa membaca iklan yang sama dari awal perkiraaan timer. Pihak admin telah berjanji bahawa penggunaan sistem ini hanya bersifat sementara sebelum ia kembali kepada sistem asal. Sehinggalah masalah "Invalid License Key" berulang lagi, pihak admin terus membisukan diri dari terus memberi tindakbalas kepada ahli - ahlinya yang berhubung melalui email dan forum ptc ini. Dengan itu, Hantu PTC menyeru kepada sesiapa sahaja agar jangan menyertai dan bagi sokongan kepada ptc ini dan ptc baru yang mempunyai  sebarang kaitan dengan ptc ini. 

Masalah Invalid License Key

Sistem CAPTCHA yang dikatakan pihak Admin BuxLoft bersifat sementara.

Latar Belakang Halaman Web

1) Alamat IP : 72.9.157.137

2) Syarikat Hosting : GODADDY.COM, INC.

3) Di daftarkan atas nama :
William Bryant

4) Maklumat Pendaftar :  William Bryant yang beralamat di Helsinki, Finland.

Link URL Info Lengkap : http://whois.domaintools.com/buxloft.net


COP RASMI SCAM HANTU PTC

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...