Saturday, December 4, 2010

Program - Program PTC Bermasalah

Sehingga hari ini, Hantu PTC telah menyertai 27 program PTC di mana setakat ini Hantu PTC telah terlibat dalam 3 program PTC yang SCAM. Akhir - akhir ini Hantu PTC mendapati banyak program PTC yang disertai Hantu PTC bermasalah dan dilabelkan sebagai " SCAM PTC " melalui penelitian pada laman - laman web forum, blog - blog peribadi dan pengalaman sendiri. Hantu PTC akan menyenaraikan PTC - PTC yang dikatakan bermasalah ataupun dan telahpun dilabel scam oleh peminat - peminat PTC tegar. (Tertakluk pada program PTC yang disertai oleh Hantu PTC sahaja.)

1)Klikerz.com
Laman web PTC ini telah pun lesap tanpa sebab lebih dari 10 hari dan PTC ini telah di label SCAM oleh pengguna - pengguna PTC. Hantu PTC sendiri pun belum sempat nak mengeluarkan cashout yang pertama disebabkab syarat minimum pengeluaran cashout masih belum mencukupi. Hantu PTC akan bercerita lebih lanjut sebab - sebab mengapa PTC ini dilabel SCAM dalam posting akan datang Insya Allah dalam minggu depan.

2)Buxix.com
Script Zeus yang digunakan untuk laman web PTC ini mempunyai reputasi yang buruk di mana kebanyakan PTC yang menggunakan script ini telah tersenarai dalam program yang menjalankan aktiviti SCAM. Ketika ini, butang arahan payment request pada laman ini ditiadakan tanpa sebarang  maklumbalas dari pihak pengurusan Buxix. Namun begitu, Hantu PTC masih berharap bahawa masalah ini akan dapat diatasi pada masa akan datang. Hantu PTC akan memberi masa 60 hari dari hari ini sebelum meletakkan PTC ini di dalam senarai PTC yang SCAM. PTC ini telah pun dilabel scam oleh beberapa forum dan blog.  

Kedua - dua PTC ini adalah milik IEN (IndoEvolution Network Inc) yang mempunyai masalah kewangan yang serius. Hantu PTC telah mempunyai cashout yang tertangguh 45 hari iaitu lebih dari TOS PTC yang digunapakai iaitu selama 30 hari. Di samping itu, pihak IEN menukar polisi cashout di mana setiap ahli diwajibkan melaburkan peratusan wang yang tertentu dengan peraturan yang tertentu bagi membolehkan ahli - ahlinya menuntut bayaran cashout yang berikutnya. Hantu PTC akan bercerita secara lanjut mengenainya pada artikel akan datang.  

Kedua - dua PTC mempunyai masalah yang agak serupa di mana pemilik asal kedua - dua PTC ini telah menjual laman web ini kepada orang lain. Jadi, sekarang ini kedua - kedua PTC ini telah bertukar pengurusan. Hantu PTC berharap dengan pengurusan baru ini, kedua - kedua PTC ini dapat terus meraih kepercayaan pengguna - pengguna PTC dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan jujur tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pemilik - pemilik asal dikatakan mempunyai masalah pembayaran komisen kepada ahli - ahlinya. (Cashium mempunyai masalah dengan paypal sebelum ini sebelum bertukar pengurusan ). 

Satu lagi PTC yang dikatakan telah disenaraikan dalam SCAM PTC di mana ptc ini tidak membayar ahli - ahlinya. Dari respon kebanyakan pengguna ptc ini mengatakan butang payment request tidak berfungsi dan rata - rata pengguna telah putus harapan dengan ptc ini. Hari ini, Hantu PTC telah mendapati butang request payment telah berfungsi dan Hantu PTC telah membuat permohonan cashout menerusi akaun Liberty Reserve. (Hanya pembayaran melalui Liberty Reserve sahaja diaktifkan setakat ini). Mengikut TOS yang ada, tempoh pembayaran cashout dibuat serta merta.  

Permohonan Cashout Bertarikh 4 Dec 2010  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...