Tuesday, December 14, 2010

Status IEN (IndoEvolution Network) Terkini

Hantu PTC telah menyebut beberapa kali mengenai krisis kewangan IEN (IndoEvolution Network) dalam beberapa posting sebelum ini sehinggalah Hantu PTC berkesempatan berchatting dengan pemilik IEN sendiri yang dikenali sebagai En. Irfan Pratama melalui YM (Yahoo! Messenger)  untuk mengetahui sendiri kedudukan IEN kendalian beliau yang terkini. Menurut En. Irfan Pratama, beliau sekarang telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan IEN terus kekal memberi perkhidmatan seperti sedia kalau. Menurutnya lagi, masalah ini dijangka akan berakhir dan beliau merancang untuk membuat pembayaran komisen ahli- ahlinya sebelum menjelang tahun baru 2011. Pembayaran kali ini dibuat untuk pengguna laman web PTC GPT Aurora kendalian IEN. Kita akan tunggu dan lihat sejauh mana beliau memenuhi janji kepada ahli - ahlinya.

Selain daripada itu, IEN juga telah membuat polisi pembayaran baru berkuatkuasa pada 4 November 2010 lalu untuk ahli - ahlinya di mana kandungan polisi terbaru ini mengandungi perkara - perkara di bawah:

1) Setiap ahli kena melaburkan sejumlah wang dalam peratusan tertentu untuk menuntut bayaran cashout seterusnya.

2) Polisi ini hanya diaktifkan mengikut jumlah keseluruhan nilai rekod cashout terdahulu mengikut jumlah yang ditetapkan. Jumlah minima polisi ini tertakluk kepada ahli - ahlinya yang membuat cashout bernilai USD10 dan ke atas.


Polisi Terbaru IEN


* P/S: Semasa posting ini dibuat, Hantu PTC sudah tidak aktif menggunakan laman - laman PTC (IndoClix dan VIPClix) selagi tiada bayaran dibuat kepada Hantu PTC (Pending Payment selama 59 Hari). Pelanggan - pelanggan IEN kebanyakannya sudah tidak menaruh kepercayaan pada IEN lagi. Namun begitu, Hantu PTC memberi tempoh sehingga 15 Jan 2010 sebelum Hantu PTC menyenaraikan laman - laman web PTC mereka ke dalam Senarai PTC yang SCAM. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...