Thursday, September 2, 2010

APAKAH ITU PTC ?

PTC ialah singkatan akronim dari perkataan "Paid To Click" atau dalam melayunya "Dibayar Untuk Klik". Jika anda selalu melayari internet tidak dapat tidak anda akan dapat melihat perkataan PTC ini di merata ruang website mahupun enjin carian seperti Yahoo dan Google. Bagi yang masih terlalu hijau dalam dunia internet pastinya tertanya - tanya apakah itu PTC ? (Saya amat pasti bagi yang dah lama dalam dunia internet ni sedikit sebanyak sudah mengetahui apa itu PTC).


Kita sudah mengetahui apa itu PTC secara umum. Sekarang kita akan mengenali lebih dekat ape yang di panggil PTC ni. PTC ialah satu cabang perniagaan internet dalam talian yang lebih menjurus ke arah bidang pemasaran pengiklanan secara asasnya. Sumber kewangan utama perniagaan ini diperoleh dari pengiklan - pengiklan dan yuran keahlian. Ada juga pemilik - pemilik PTC ini menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan bisnes perkongsian keuntungan (affliate) mereka sendiri bagi mempelbagaikan sumber kewangan mereka.


BAGAIMANA PTC MENJANA PENDAPATAN ? 


Secara umumnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan kejayaan perniagaan internet ni diukur dengan jumlah kedatangan pelawat laman web atau blog atau bahasa teknikalnya TRAFFIC. Semakin tinggi jumlah Traffic maka semakin tinggi peluang sesebuah bisness internet ini menjana keuntungan. PTC juga tidak terkecuali dari konsep ini namun PTC menggunakan pendekatan mengumpul jumlah traffic yang kebanyakannya terdiri dari pelawat -pelawat yang ingin menjana wang dari rumah. Pelawat - pelawat web PTC ini biasanya dipelawa untuk mendaftar keahlian bagi memudahkan pihak pengurusan membuat pembahagian komisen dan yang paling penting membina kesetiaan pelawat - pelawat untuk berkunjung ke lawan web mereka. Komisen ahli - ahli yang berdaftar ini di jana bagi setiap kunjungan ataupun 'KLIK' ke atas laman web pengiklan. Dengan itu, pihak PTC dapat mengekalkan jumlah traffic dan ini dapat menyakinkan lagi ramai pengiklan yang sedia untuk membayar slot iklan yang dipaparkan. Boleh dikatakan PTC ini bertindak sebagai orang tengah diantara pengiklan dan pengguna(pelawat) di mana pengiklan membayar pihak PTC untuk mempromosikan produk mereka sementara pemilik PTC berkongsi sedikit keuntungan dengan pelawat web. Di bawah ni ada gambarajah menunjukkan bagaimana sesebuah laman web PTC itu berfungsi bagi memudahkan pemahaman pembaca - pembaca blog ini :)


RINGKASAN PROSES  BAGAIMANA PTC MENJANA PENDAPATAN 


A) PEMILIK LAMAN WEB PTC
  •  Caj kepada pengiklan (Advertiser) mengikut tempoh masa tertentu penyiaran iklan untuk dilawati pelawat - pelawat.
  •  Memasukkan ruang - ruang iklan program - program affliate, PPC (Pay perclick) pemilik PTC itu sendiri.
  •  Yuran keahlian pelawat2, yuran sewaan downline dan bonus - bonus tertentu bagi menarik pelawat mendaftar dengan mereka. 
B) PENGIKLAN
  • Memperolehi peluang meningkatkan keuntungan dari peningkatan jumlah traffic.

C) PENGUNJUNG/PELAWAT
  • Mendapat komisen dari klik ke atas setiap laman web pengiklan.
  • Mendapat peningkatan kadar nilai klik sekiranya menaiktaraf tahap ahli. 
Daripada ringkasan tersebut, bolehlah dikatakan bahawa PTC ini memberikan win - win situation kepada semua pihak sekiranya diamalkan dengan betul tanpa penyelewengan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...