Sunday, March 6, 2011

Statistik dan Ringkasan Penyertaan Program PTC Terkini

Untuk makluman anda semua, sepanjang ketiadaan posting terbaru dari Hantu PTC sejak 14 Desember 2010, banyak perubahan berlaku dari segi status program PTC yang disertai. Ada bermacam – macam ragam pemilik web PTC yang terpaksa dihadapi oleh Hantu PTC contohnya ada PTC yang membayar komisen 1 kali lepas tu lesap akibat masalah kewangan, ada yang menjual web mereka kepada pemilik baru menyebabkan balance akaun PTC ahli di resetkan berulang kali dan bermacam – macam lagi. Oleh itu, proses kemaskini senarai penyertaan ini memakan masa yang agak lama bagi memastikan anda semua mendapat senarai terkini PTC mana yang patut di sertai atau disenaraihitamkan dari disertai. Di bawah ini, adalah Senarai Lengkap Statistik Penyertaan PTC yang telah dikemaskini setakat hari ini. Harap dapat membantu anda semua dalam memilih program PTC yang boleh dipercayai dan yang penting membayar komisen kepada ahli – ahlinya.

Graf Statistik Penyertaan

Statistik Penyertaan

A)Jumlah Keseluruhan
    31

B)Jumlah Penyertaan Aktif
    20

C)Jumlah PTC yang Membayar
    11 (3 scam = Rujuk F)

D)Jumlah PTC Scam
    11

E)Senarai PTC SCAM
1)Buxloft
2)Theclixus
3)Klikerz
4)Indoclix
5)VIPClix
6)Atlascash
7)Foxbux
8)Buxix
9)Mybux.co
10)Waxbux
11)Xincbux.com 

F)Senarai PTC SCAM (Yang Telah Membayar)
1)Foxbux
2)IndoClix
3)Mybux.co


G)Senarai PTC Yang Dipercayai, Stabil
11)BuxP

Thursday, March 3, 2011

Hantu PTC Kembali Lagi Untuk Tahun 2011

Salam kepada semua peminat PTC mahupun pelawat baru blog ini. Hantu PTC rasa blog ini semakin sepi berikutan tiada posting – posting baru di buat lebih kurang hampir 2 bulan setengah lamanya. Hantu PTC tidak ralat dan faham kenapa situasi ini terjadi. Untuk pengetahuan semua, sepanjang blog ini menyepi, komitmen Hantu PTC telah bertambah berikutan Hantu PTC kini sudah bekerja (bukan online job ye :-)) jadi faktor kekurangan masa menjadi masalah biasa bagi seorang blogger. Namun begitu, setelah menyesuaikan diri dengan kerja baru itu beberapa bulan, barulah Hantu PTC dapat menyediakan ruang masa untuk aktiviti blogging ini. Hantu PTC akan mencuba untuk mengemaskini posting sekurang – kurangnya 1 posting seminggu, Jika anda semua mempunyai pertanyaan mengenai PTC atau cadangan bagi memantapkan isi blog ini, janganlah segan meluahkannya di ruangan komen pada setiap penghabisan setiap artikel. Insya Allah, semua komen atau pendapat akan dilayan samarata dan secepat yang boleh. Sebenarnya Hantu PTC sendiri sentiasa berada di dalam proses pembelajaran bagi memantapkan lagi ilmu yang sedia ada untuk dimanfaatkan bersama. 

Bercerita tentang dunia PTC sekarang, banyak perubahan yang berlaku dalam dunia PTC di mana wujud bermacam – macam laman PTC yang baru tumbuh bagaikan cendawan , PTC – PTC yang terkenal dengan reputasi kestabilan dan kepercayaan pengguna boleh bertukar jadi PTC yang SCAM dan berbagai cerita lagi yang terpapar di ruang internet dewasa ini. Ini menjadikan program jana wang PTC menjadi igauan ngeri kepada mereka yang memberi komitmen penuh dengan membayar yuran keahlian PTC di mana secara tak langsung duit yang dilaburkan itu lebur semakin banyak tanpa kita sedari. Dalam senarai PTC yang ada blog ini pun masih banyak program PTC yang scam yang masih belum dikemaskini oleh Hantu PTC. Hantu PTC masih memerlukan masa untuk memantau mana – mana PTC yang masih aktif dan boleh di percayai untuk dicadangkan kepada anda semua. Tetapi jangan bimbang, Hantu PTC akan memantapkan lagi informasi yang terkandung dalam blog ini khususnya untuk rakyat Malaysia bahawa masih ada ruang untuk mereka merasai duit pertama dari internet tanpa mengeluarkan modal. Mana tau ini akan menjadi titik permulaan bagi menjana lebih banyak peluang yang lebih besar menjana pendapatan di internet.

Di sini Hantu PTC ingin menyatakan rancangan Hantu PTC bagi memperkenalkan blog ini untuk tahun 2011 ini.

1) Mensasarkan bilangan Hits lebih 10000 ,
2) Memberi informasi yang lebih mantap dan berguna.
3) Iklan – iklan yang tidak relevan pada blog ini akan di tukar.
4) Membuat perubahan secara stage by stage mutu persembahan blog ini.
5) Memiliki sekurang-kurangnya 5 referral dari setiap penyertaan PTC yang disertai.

Diharap dengan sokongan anda semua, blog Hantu PTC ini akan dapat merealisasikan matlamat ini.


Gambar Kredit Kepada Nerdy Muddy 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...