Wednesday, October 6, 2010

Bux Site atau GPT Aurora Site , Mana Lebih Bagus ?

Di internet, laman - laman web PTC tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan kerana setiap masa boleh dikatakan ada saja PTC - PTC yang baru wujud ditalian dan dipromosikan di merata -merata ruang dunia internet. Di sebalik kebanjiran web - web PTC ini, Hantu PTC telah dapati bahawa kebanyakan web - web mereka menggunakan 2 method utama yang berbeza iaitu dengan menggunakan platform Bux Site ataupun GPT Aurora Site. Hari ini, Hantu PTC ingin menjelaskan perbezaan di antara kedua - dua platform ini berdasarkan pembacaan informasi dari internet serta dari pengalaman Hantu PTC sendiri.

BUX SITE
Contoh PTC : Neobux, Onbux, Cashium

KEBAIKAN 

1) Mempunyai senarai iklan yang sedikit ( 4 - 10 iklan dalam sehari ) dengan kadar nilai setiap klik yang lebih tinggi ( purata USD0.01 perklik)

2) Pengguna dapat menyelesaikan tugasan rutin setiap hari dengan masa yang lebih singkat berbanding GPT Aurora Site.

3) Kebiasaannya pemilik PTC mengenakan peraturan yang lebih ringkas dan mudah difahami di mana secara psikologi pengguna tak mahu membazirkan masa yang lama hanya untuk bertandang pada laman web PTC termasuklah Hantu PTC hehehe.

4) Kelancaran perjalanan web lebih lancar dan laju dari Aurora Site mungkin disebabkan kebanjiran pelawat yang melepak terlalu lama untuk menyelesaikan tugasan di website ini. Ini mewujudkan kesesakan traffic akibat pertambahan pelawat yang baru masuk dengan yang sedia yang boleh menyumbang kelembapan perjalanan operasi web tersebut.

KEBURUKAN 

1) Kebanyakan PTC jenis Bux Site ini dikatakan mempunyai jangka hayat yang tidak lama mungkin disebabkan kadar nilai perklik lebih tinggi berbanding PTC jenis Aurora seterusnya caj pengiklanan menjadi lebih tinggi berbanding web Aurora. Ini menyebabkan para pengiklan tidak begitu tertarik untuk menggunakan khidmat Bux Site sebagai ejen pengiklanan mereka dan seterusnya sumber kewangan turut terjejas.Walau apapun sesetengah pemilik Bux Site mengambil inisiatif lain seperti memperbagaikan khidmat seperti khidmat penyewaan referral, naiktaraf keahlian dan cabutan bertuah bagi menampung kewangan untuk dibayar kepada pengguna - penggunanya.

2) Kadar penipuan(scam) dari Bux Site juga dikatakan lebih tinggi kerana pemilik PTC ini berkecenderungan untuk menipu disebabkan kadar penjanaan wang yang lebih cepat dan mudah berbanding Aurora Site dari caj yang tinggi serta keuntungan dari bayaran naiktaraf ahli, penyewaaan referral dsb. Dengan itu, mudah untuk mereka menghilangkan diri seketika dan muncul dengan web PTC yang lain di kemudian hari. Di samping itu, boleh jadi pemilik tersebut tidak mampu lagi membayar komisen untuk ahli -ahlinya kerana silap dalam menguruskan kewangan perniagaan PTC. 



GPT AURORA SITE
Contoh PTC : IndoClix, Cashtream, Advertsthatpay

KEBAIKAN 


1) GPT Aurora Site ini dikatakan lebih stabil dan menyakinkan disebabkan kadar nilai perklik yang rendah yang diberi kepada pengguna secara tak langsung kos khidmat pengiklanan menjadi lebih rendah.Ini memberi lebih tarikan para pengiklan (Advertiser) untuk menggunakan khidmat PTC ini. Ini menjadikan sumber kewangan PTC jenis ini boleh terus bertahan walaupun dengan hanya bergantung pada sumber pengiklanan sahaja di samping memperolehi pendapatan sampingan dari yuran naiktaraf ahli - ahlinya dsb.

2) Risiko untuk website Aurora ini  menjalankan aktiviti penipuan lebih rendah berbanding PTC jenis Bux Sites kerana keuntungan yang diperolehi agak lambat dan lebih berbaloi jika pemilik PTC jenis ini menjalankan urusniaga dengan lebih jujur dan berhemah untuk keuntungan pada jangkamasa panjang. (Itu tidak bermakna Aurora Site PTC bebas dari aktiviti scam ).   

3) Biasanya Aurora Site PTC menawarkan syarat pengeluaran bayaran  komisen ahli - ahli   dengan kadar yang amat rendah iaitu dalam lingkungan USD0.10 - USD0.40. 


KEBURUKAN 



1) Mempunyai senarai iklan yang banyak ( 20 - 100 iklan dalam sehari ) dengan kadar purata nilai setiap klik yang amat rendah (USD0.0001 perklik)

2) Pengguna terpaksa menyelesaikan tugasan rutin setiap hari dengan memperuntukkan masa yang banyak. Hantu PTC pernah mengambil masa 15 - 30 minit untuk Indoclix.com untuk menghabiskan tugasan rutin setiap hari berbanding Neobux yang memerlukan masa 5 minit sahaja. Nilai jumlah purata pendapatan harian USD0.02 (Indoclix) dan USD0.04 (Neobux).

3) Teralu banyak tawaran, peraturan yang berjela -jela dan sukar difahami.

4) Kelancaran perjalanan web agak terganggu dan perlahan. Hantu PTC sendiri terpaksa membuka beberapa iklan yang sama disebabkan page iklan tidak terpapar sepenuhnya dan merencatkan kemasukan komisen kat akaun sistem.


KESIMPULAN RINGKAS
Aurora GPT Site memberi kelebihan pada pengiklan (Advertiser) dan Bux Site memberi kelebihan pada pengguna (Member).  

*P/S : Hantu PTC sentiasa mengingatkan anda semua selalu membuat penilaian yang sewajarnya sebelum menyertai mana - mana program PTC ini tak kiralah ianya seperti jenis - jenis PTC di atas. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...