Wednesday, October 27, 2010

Masalah Kewangan IEN Inc, PTC Theclixus.com dan Bayaran Komisen dari Cashium

MASALAH CASHOUT INDOCLIX DAN VIPCLIX

Hari ini, Hantu PTC ingin bercerita mengenai 3 peristiwa penting yang dialami oleh Hantu PTC sepanjang bulan Oktober ini. Pada 8 Oktober lalu, Hantu PTC telah menuntut bayaran komisen dari IndoClick dan VIPClix pada 17 Oktober 2010. Sebenarnya ini kali pertama Hantu PTC membuat cashout dari kedua - dua web PTC ini. Kedua - dua web PTC ini dikendalikan oleh syarikat IndoEvolution Network Inc. Berikut adalah semua senarai web PTC yang dikendalikan oleh syarikat ini.

1)IndoClix
2)SimplyClix
3)VipClix
4)GPTVille
5)ICPTC
6)AyoCLix
7)IENBUX
8)i4PTC
9)SmileyClicks
10)IEN Fund
11)Indo Matrix

P/S : No. 10 dan 11 itu bukan kategori PTC program. 

Menurut TOS (Term Of Services) IndoClix, bayaran komisen akan diperolehi pengguna dalam masa 24 jam dari masa permohonan di buat dan 48 jam (2 hari) dari tempoh permohonan jika terdapat masalah pada payment processor services. Ini bermakna dalam kes Hantu PTC, pembayaran telah lewat 20 hari dari permohonan cashout dibuat. Setelah itu, Hantu PTC berhubung dengan support services IEN menerusi email berkenaan masalah ini dan membuat aduan pada forum yang disediakan pihak IEN. Rupa - rupanya ramai pengguna mengalami masalah yang sama termasuk juga ahli yang terlibat dengan web PTC yang lain di bawah kendalian IEN. Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan ialah masalah bug error menyebabkan pembayaran terpaksa ditangguhkan sehingga masalah tersebut dapat diatasi. Begitu juga dengan VipClix yang HantuPTC sertai mengalami masalah kelewatan pembayaran cashout iaitu 12 hari dari yang sepatutnya 7 hari dari permohonan cashout dibuat mengikut TOS VipClix. Berikut adalah kenyataan terkini mengenai masalah pembayaran cashout dari syarikat IEN ini.


Menurut kenyataan ini bermakna tempoh pembayaran komisen telah bertukar menjadi 30 hari setelah permohonan cashout dibuat untuk sementara waktu. Jadi, buat masa ini Hantu PTC tidak mahu membuat sebarang andaian lagi mengenai isu ini sehingga tempoh menunggu tamat. Kepada sesiapa yang baru hendak menyertai PTC di bawah kendalian IEN Inc ini, perlu menangguh dulu niat anda dan beralih kepada PTC lain yang lebih diyakini :)


PTC THECLIXUS.COM DIRAGUI SCAM 

Masih ingat pada PTC ini yang pernah Hantu PTC ceritakan pada posting yang lalu ? Sehingga ke hari ini, lebih seminggu laman web ini hilang di internet. Sebenarnya banyak forum, blog - blog, laman web yang memberikan komen negatif mengenai PTC ini. Hantu PTC tetap menyertainya untuk merasa sendiri pengalaman menyertai PTC yang scam. (Hehehe. Pelik kan).Sebelum Hantu PTC meletakkan PTC ini di bawah label PTC SCAM. Hantu PTC ingin mengumpul maklumat lengkap terlebih dahulu agar pemiliknya tidak dapat lagi menipu orang ramai. Hantu PTC berharap agar usaha ini dapat meminimakan lagi risiko dari menyertai PTC yang scam pada masa akan datang. 

PTC Yang Di Syaki SCAM


 BAYARAN PERTAMA DARI CASHIUM

Semalam, Hantu PTC menerima bayaran yang pertama dari PTC Cashium sebanyak USD2.05 dalam tempoh 10 hari dari pemohonan cashout dibuat menepati TOS yang dijanjikan. Berikut adalah bukti pembayaran yang telah dibuat oleh Cashium melalui akaun Paypal Hantu PTC.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...